tag:blogger.com,1999:blog-7454619430286576150.post2245801069842959191..comments2023-10-14T22:42:17.785+08:00Comments on DER NEUE HISTORIKER: Sejarah Tanah Melayu & Kemerdekaan Tanah MelayuQistina Zainihttp://www.blogger.com/profile/02193078814607283170noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-7454619430286576150.post-70509136657254568332008-07-28T00:45:00.000+08:002008-07-28T00:45:00.000+08:00Salam...Tahniah abang ucapkan diatas usaha adik me...Salam...
Tahniah abang ucapkan diatas usaha adik menghasilkan blog ini. Cuma ada seperkara yang abang ingin tekankan di sini. Memandangkan adik masih muda, memang tidak ada salahnya adik menulis tentang sejarah tanah air kita. Apa yang adik tulis adalah benar tetapi sekadar mengikut apa yang telah disampaikan kepada adik dan apa yang telah adik pelajari di sekolah. Jika adik benar-benar menyintai tanah air ini, abang nasihatkan adik agar buatlah sedikit research yang lebih mendalam mengenai sejarah tanah air kita. Sebenarnya banyak sejarah sebenar yang telah disembunyikan. Kalau adik benar-benar prihatin, pasti adik akan menjumpainya. Cuba lah gunakan sumber-sumber rujukan yang lain daripada yang dipelajari di sekolah. Bukanlah niat abang ingin menghasut...tetapi inilah kebenarannya. Kalau adik benar-benar ingin mencari kebenaran...sahut lah cabaran abang ini. Mungkin adik tak tahu hendak mula dari mana betul tak? Tak per abang bagi adik 'hint'. Cuba dapatkan maklumat sejarah tanah melayu (Malaya) bermula pada kejatuhan Islam Zaman Uthmaniah 1924 sehingga merdeka 1957. Kemudian cuba kaji keadaan penghidupan rakyat sebelum dan selepas dijajah. Ok itu sahaja hint yang abang dapat berikan. Ingat pesan abang ni...sila gunakan sumber rujukan yang lain. Cuba cari buku-buku sejarah yang lama-lama...jangan gunakan buku sejarah yang sekarang ini.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7454619430286576150.post-81511715249312840502007-09-06T09:49:00.000+08:002007-09-06T09:49:00.000+08:0003/09: Kemerdekaan milik rakyat, bukan milik PM, e...03/09: Kemerdekaan milik rakyat, bukan milik PM, elitis dan kroni

Kemerdekaan, kadang kala seakan milik orang yang berkuasa, parti yang berkuasa. Ia bukan lagi milik seluruh warga rakyat. Kemerdekaan adalah penjajahan baru. Bernama kongkongan. Satu pihak bebas mengongkong pihak yang lain – itukah kemerdekaan?

Anda masih remaja – mungkin anda adalah lebih merdeka.

Anda memasuki universiti – aktivisma mahasiswa segera dibalut oleh sebuah Akta – namanya Akta Universiti – dan berdiri di situ ‘Gabenor’ Umno-BN untuk memastikan cengkaman itu terasa. Lihatlah pilihan raya kampus yang penuh jenaka. Gabenor ini miangnya lebih dari Gabenor British yang kita halau dulu.

Kebebasan akademik? ‘Gabenor-gabenor’ 'penjajah' sangat berbau politik kepartaian sifatnya bertaburan di mana-mana kampus. Mereka dilantik atas pertimbangan politik – untuk berkhidmat kepada sebuah autoriti politik sebagai ukuran paling utama. Lantas, di mana kemerdekaan para ahli akademik kita? Melainkan kongkongan. Tanpa kemerdekaan, kita akan cemerlang?

Anda melangkah keluar ke alam kerjaya – Aku Janji sedang menunggu anda. OSA memenjarakan anda. Sepanjang hayat anda. Anda dikongkong.

Anda rakyat biasa yang hauskan kemerdekaan maklumat? Anda adalah anak jajahan media arus perdana. Anda cuba merobek tirai manipulasi berita? Anda cuba mencuri untuk mengecap kemerdekaan dari perhambaan media seperti itu lewat internet, blogs dan web berita? Geger! Anda kurang patriotik kerana berkawan dengan ‘monyet-monyet’. Anda dikongkong.

Jerkah, ugutan dan jangan lupa ISA yang setia menunggu. Itu semua alat sebuah kemerdekaan?

MTUC pun diugut untuk ditutup. Merdeka….

ISA hanya sebuah pisau yang boleh digunakan oleh ‘tuannya’ untuk menghiris orang lain. ‘Dua ditangkap kerana SMS perkauman.’ Bagaimana dengan orang yang menghunus keris sebegitu panjang dengan laungan perkauman? Tidak, ia berlindung di balik kuasa.

Ekonomi - jaring penjajahan yang lebih mencengkam. Bila anda berada dalam baris elit kuasa, anda bebas ‘merompak’ atas apa sahaja nama.

Ingat – ketika anda melewati lebuhraya utama dan singgah di plaza tol, ia sebuah kemajuan atau sebuah rompakan kecil kemerdekaan anda? Elitis yang kecil mendapat sebuah lesen, dan untuk tahun ini PLUS telah mengumumkan ia meraih lebih setengah billion (RM 583 juta) keuntungan untuk separuh tahun 2007 - tetapi kadar tolnya mesti naik saban masa. Aku tidak herankan kos yang aku harus biayai untuk sebuah kemudahan tetapi keuntungan besar atas sebuah keperitan adalah mencabut kemerdekaan ku….

Anda elitis kuasa, anda bebas dan merdeka. Port Klang Free Zone – tanah kerajaan dijual kepada – ahhh – engkau pun tau siapa, jika tidak apa yang dipanggil kroni - di jual balik kepada kerajaan – dan orang yang amat kecil bilangannya ini, amat kecil sehingga boleh dihitung dengan jari tangan tak perlu masuk jari kaki – ketawa riang dengan keuntungan satu ribu lapan ratus juta tolak kos beli, sembilan puluh lima juta. Keuntungan bersamaan lebih satu perpuluhan tujuh ribu juta!

Dan anak bangsaku yang masih merempat sesak, semua kaum, kita heret zaman berganti zaman menghiasai kemerdekaan kita.

Kemerdekaan ku di mana? Di mana odit atas akaun PKFZ sebelum kerajaan bail out? Di mana pembentangan dan kelulusan Parlimen? Di mana ketelusan, di mana kewajaran?

Bukankah ketelusan itu adalah ciri utama sebuah masyarakat merdeka? Jika tidak, kekayaan Negara hanya akan dikaut oleh orang hitam sebagai ganti orang putih bangsa penjajah yang telah kita halau dulu. Itukah yang engkau mau dari sebuah kemerdekaan?

Anda sebut Parlimen? Lambang sebuah demokrasi?

Sepuluh tahun sekali parti yang berkuasa boleh mengatur kekuatannya melalui proses ‘sempadan’ semula. Ah, kemerdekaan itu adalah kebebasan mengatur untuk parti berkuasa…

Dan pilihan raya? Pilihan raya yang bebas? Jika pilihan raya kampus yang tidak akan mengubah apa-apa kuasa Negara, kaki dan tangan mahasiswa diikat, adakah mungkin pilihan raya yang boleh menukar tampuk kuasa, anda mengharapkan ia bebas – dari politik wang – anda sendiri tau, dari kongkongan media, anda sedia arif, dari penipuan?

Undi Myanmmar dan orang Thai kadang kadang boleh mengalahkan suara anda Anak Malaysia. Oh, kemerdekaan ku….

Anda belum menghitung penjajahan janji-janji. Maksud saya, ada lagi rakyat Malaysia rebah dengan janji pilihan raya lima tahun sekali. Setiap lima tahun, mereka memperbaharui penjajahan……

Dan kini, cendawan koridor berhamburan. Koridor sana, koridor sini. Feel good factor, kawan…

Modus operandi penjajahan baru ini ialah ekonomi. Tanpa tender, aneka projek diagihkan. Kini, kepada pemimpin pemuda mereka. Dijual segera bila projek diperolehi. Kos projek melambung-lambung. Wang negara mengalir bagai air. Untung segera. Keuntungan digunakan pula untuk membeli undi dalam parti dan dalam pilihanraya.

Pemilihan parti akan diadakan selepas pilihan raya. Kuasa digunakan untuk memberikan projek untuk mengumpulkan sokongan. Sokongan membawa kepada kuasa. Kuasa kepada kekayaan.

Wang memberikan kuasa. Kuasa memberikan wang.

Bagi massa generasi baru, basuh otak mereka di PLKN. Mana-mana yang telah terlekat jalur 'Umno' di jiwa mereka, boleh menyertai skuad elit kuasa, boleh berkongsi kekayaan juga kuasa, atas harga yang terpaksa dibayar oleh negara.

Pada hakikatnya, kita semua adalah hamba mereka. Kemerdekaan kita telah disamun.

Anda bukan anggota parti kerajaan – anda kurang patriotik Anda dari baka bukan pejuang kemerdekaan.

Bapa beli bas dijual oleh anak (Scomi - RapidPenang). Patriotik?

Abang lancar nasi kandar adik di luar Negara. Patriotik?

Promosi Kebaya mengingati al marhumah isteri di luar Negara. Patriotik?

Aku penjual nasi dagang, nasi berlauk, keropok dan pedagang batik, promosi luar Negara tidak mungkin menjengok kerana aku adalah rakyat biasa pengundi setiamu… Sekalipun aku adalah rakyat teramai, tetapi adik, isteri dan anak juga diingat orang.

Terengganu merdeka seiring dengan royalti minyak yang lumayan. 16 peratus rakyatnya di bawah paras kemiskinan dan 54 peratus rakyatnya berpendapatan bawah RM 1,500 dan anda katakan ini kemerdekaan?

Mentaliti terjajah atau mentaliti penjajah?

Apa jadi pada peta Semenanjungku? Semakin mengecil dengan peluasan wilayah Singapura lewat pemilikan tanah dan penempatan penduduk di WPI. Bakal menjadi 3 juta orang warga Singapura akan menetap di WPI, unjuran Tun Dr. Mahathir.

Itu peluasan wilayah namanya. Apa perlunya Jawatankuasa Bersama Kabinet dengan Singapura untuk WPI? Kekuatan strategik mereka akan ditekankan ke atas Negara kita dan menerusi apa yang digelar pembangunan, kita kehilangan kedudukan yang akan memberikan kesan politik yang tak berkesudahan.

Jika dengan semangat merdeka kita pernah satu masa menguasai semula gergasi perniagaan dan perladangan yang dimiliki orang putih, kenapa pula kini kita perlu menjual wilayah kita?

Kemerdekaan kita telah dihijack. Malang.

Pemandu teksi, dipenjara oleh palang kronisme yang lain pula. Mereka harus bekerja kuat untuk taukeh-taukeh yang goyang kaki. Taukeh ini memiliki permit-permit yang memberikan keuntungan percuma sebegitu lumayan. Itu bukan pemerasan namanya? Pemerasan bukan penjajahan?

Belum diambil kira AP, klon atau bukan klon. Monopoli itu, monopoli ini. Ah…, jaringan ‘penjajahan’ oleh anak bangsaku sendiri?

Anda belum memeriksa sudut akhlak dan moral. 1.5 juta (atau lebih) generasi merdeka ‘lintuk.’ Mereka dijajah oleh dadah dan tak berupaya bangkit. HIV datang tak diundang tetapi jika dibiarkan, bangsa boleh pupus.

Apa agenda untuk anak bangsa Malaysia ku ini? Sure Heboh dan Jom Heboh? Kampung Hadhari?

Biarkan mereka rebah di persada noda? Menjelang 2020, mereka makin biak – dijangka 3.5 juta. Mereka merdeka dalam khayal yang panjang tetapi, ah, mereka mangsa kemerdekaan tanpa agenda yang ada pedoman? Mereka telah rebah dijajah tetapi apa pemerentah telah lakukan untuk memberikan semula ruh kehidupan?

Dan anda teringatkan keselamatan kita semua?

Pengganas komunis telah diganti dengan pengganas baru. Fenomena jenayah seakan sinonim dengan kemerdekaan kita kebelakangan ini. Ia bukan lagi berlindung di hutan belantara tetapi ada di mana- mana di tengah kehidupan kita. Dari Perlis sampai ke Sabah, mangsa boleh ada di mana saja.

Anda katakan kemerdekaan itu keamanan. Dan kesejahteraan. Kenapa ada ketakutan? Bimbang mencengkam kehidupan.

Di mana polis?

Polis harus menjaga polis? Kata-kata yang mungkin keterlaluan. Tetapi jika barah yang melanda kita semua tidak diubati, tren polis menjaga polis dari melakukan jenayah, akan berkembang. Altantuya – ya – polis, nama polis disebut. Disebut di sana sini. Bekas Ketua Polis menyebut tentang pagar makan padi.

Benar, seekor kerbau membawa lumpur, membawa nama polis, BPR atau apa sahaja ‘pagar-pagar’ kita, disebut orang dengan nama kurang enak. Jika dibiarkan, kerbau-kerbau berlumpur ini akan membiak dan kita akhirnya hilang satu cebis lagi kemerdekaan kita.

Anda bertanyakan tentang kedaulatan undang-undang, tentang kehakiman, tentang prinsip yang jahat tetap menerima pembalasan bukan pelepasan. Anda berbisik, mahkamah kita pentas jenaka. Hakim kita?

Anda rakyat yang merdeka. Anda ukur. Andakah yang merdeka atau orang yang berkuasakah yang merdeka?

Padahal asalnya, kemerdekaan milik kita semua.

Salam kemerdekaan....

(Dato' Husam Musa adalah Naib Presiden PAS)Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7454619430286576150.post-62166770047497690812007-09-06T09:41:00.000+08:002007-09-06T09:41:00.000+08:00Bantahan Pembohongan Fakta Sejarah Dalam Sambutan ...Bantahan Pembohongan Fakta Sejarah Dalam Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan

Posted by Admin on September 5th, 2007

Kenyataan Media Oleh Salahuddin Ayub

Dewan Pemuda PAS Pusat memandang serius propaganda dan kegiatan ’jenayah akademik’ dan pembohongan fakta sejarah tanah air yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan mengadakan sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara pada tahun ini. Yang lebih jelas, propaganda-propaganda ini lebih bersifat untuk mengelirukan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-12 yang dijangka akan berlangsung pada tahun ini. Kami amat kesal kerana Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) selaku hos sambutan ternyata telah menafikan fakta-fakta kemerdekaan, sebaliknya cuba mengangkat parti pemerintah sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Sorotan perjuangan ulama dan kemerdekaan

Samada kita sedari atau tidak, denai sejarah telah merakamkan perjuangan suci para ulama membentengi aqidah umat Islam semenjak Negara kita menerima pengaruh Islam pada abad ke-13. Ulama kita yang berkubu di Pusat-pusat Pengajian Islam telah memancar kekuatan kepada umat Islam bagi berhadapan dengan kuasa penjajah dan serangan pemikiran ‘ghazwatul fikri’ mereka. Dalam cerminan sejarah ini, tersuluh kehebatan ulama seperti Adipati Yunus di Melaka berjihad menentang Portugis, Tuan Guru Haji Hassan bin Munas ( Tok Janggut ) yang bangkit bermandi darah di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1915. Di Terengganu pula, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Haji Musa Minangkabau telah memimpin kebangkitan ummah, menentang kemaraan penjajah British yang cuba memijak kemuliaan Syariat Islam. Penjajah Siam yang telah menyerang negeri Melayu Utara juga menghadapi tentangan sengit daripada alim ulama seperti Sheikh Abdul Samad al Palembani.

Sumbangan Gerakan Islam terhadap proses kemerdekaan negara

Kehadiran gerakan Islam di tengah-tengah percaturan politik orang Melayu selepas perang Dunia Pertama dan Kedua yang dimonopoli oleh PKMM dan Umno telah menimbulkan keresahan kepada pihak yang bekerjasama dengan British. Pengalaman British dengan umat Islam Othmaniyyah Turki (1914-1918), Mekah (1910-1915) dan Palestin (1924-1948) telah meletakkan British begitu anti dengan gerakan Islam. Kerana itu, parti yang menjadi agen British mesti mengekang kebangkitan gerakan Islam dengan apa cara sekalipun. Umno yang ditubuhkan oleh golongan feudal Melayu berpendidikan Inggeris memperlihatkan realiti ini.

Kemunculan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 24 Mac 1947 telah menyebabkan Umno mulai memberikan perhatian kepada hal ehwal agama, pendidikan Islam dan usaha-usaha mempengaruhi para ulama supaya menyokong mereka. Tindakan Umno mewujudkan Derma Pelajaran Tinggi sebaik sahaja MATA mewujudkan LEPIR dan Derma Pelajaran MATA pada Julai 1947 membuktikan kebimbangan ini bertali arus semenjak Dato Onn menuduh MATA sebagai “bahaya dari gunung”.

Sebaik sahaja Sidang Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 14 Mac 1948 selesai dan hasrat menubuhkan sebuah parti Islam di Tanah Melayu berjaya dengan penubuhan Hizbul Muslimin (HM), maka pemimpin gerakan Islam itu mulai mengatur langkah untuk memerdekakan Tanah Melayu, membentuk masyarakat Islam dan mewujudkan Tanah Melayu sebagai Darul Islam. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ketua Umum Hizbul Muslimin bersama jawatankuasanya telah berusaha melebarkan pengaruh Hizbul Muslimin ke seluruh tanah air dan memberikan imej baru kepada Islam sebagai cara hidup masyarakat.

Kehadiran gerakan Islam semenjak 1947 sehingga merdeka, selama satu dekad tetapi penuh dengan warna perjuangan. Umno yang ditubuh oleh anak didik British dan diiktiraf oleh British sebagai parti yang diberi peluang untuk memperjuangkan kemerdekaan terpaksa membelakangkan banyak kepentingan Islam demi menjaga hubungan dengan British. Umno bukan sahaja menabur fitnah, tetapi turut berusaha menyaingi gerakan Islam walaupun membiarkan umat Islam sedunia terus ditindas oleh British. Ternyata kehadiran MATA (1947), Hizbul Muslimin (1948) dan PAS (1951) merupakan ancaman yang besar kepada gerakan kebangsaan Umno.

Pada era 1900-1940 boleh dikatakan gerakan Islam adalah merupakan gerakan utama yang mencetuskan idea kemerdekaan, penentangan terhadap penjajah dan pendaulatan semula cara hidup Islam. Walaupun mereka tidak berjaya menguasai tampuk politik tanah air, tetapi peranan yang besar di sumbangkan oleh mereka telah memungkin umat Islam bangkit untuk menuntut kemerdekaan dan mendesak masyarakat supaya meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya. Perjuangan mereka melalui media massa, pendidikan, oraganisasi separa politik dan penentangan fizikal telah diterjemahkan semula dalam versi baru oleh Hizbul Muslimin (1948) dan Persatuan Islam SeMalaya (1951) sebagai sebuah gerakan politik Islam yang bercita-cita mendaulatkan Islam sebagai cara hidup masyarakat negara ini.

Peranan Institusi pendidikan dan tokoh-tokoh negarawan dalam memacu kemerdekaan negara

Menurut YTM Dr Raja Nazrin, Raja Muda Perak di dalam titah baginda di Muzakarah Ulama’ pada 5 Julai 2007, “Maahad al Ehya as Shariff, Madrasah Diniah Padang Rengas, Madrasah al Idrisiah di Kuala Kangsar,The Malay College Kuala Kangsar dan Sultan Idris Training College merupakan tapak-tapak awal yang dinyalakan semangat kesedaran bangsa. Antara tokoh-tokoh yang terlibat aktif menyalakan semangat kesedaran bangsa adalah Dr Burhanuddin al Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ustaz Baharuddin Abdul Latif, Dr Zulkifli Muhammad, Syeikh Junid Tola dan Syeikh Mohamad Tahir Jalaluddin.”

Berdasarkan latar belakang sejarah ulama dan kemerdekaan yang telah diutarakan, dengan ini Dewan Pemuda PAS Pusat berpendirian tegas bahawa;

1. Penyelewengan fakta sejarah adalah suatu bentuk kezaliman dan ketidakadilan yang nyata. Justeru, kami menentang sekeras-kerasnya pembohongan ini dan tidak sama sekali meredhai ia terus berlaku. Kami akan terus memperjuangkan tokoh-tokoh kemerdekaan yang dilenyapkan namanya dalam catatan-catatan sejarah yang ada sehingga ke hari ini lantaran kepentingan politik murahan pihak pemerintah tanpa menghiraukan kebenaran dan ketelusan fakta-fakta yang diketengahkan.

2. Sambutan Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 2007 merupakan pengkhianatan terbesar sepanjang rekod sambutan ulang tahun kemerdekaan. Ini kerana sambutan pada malam 31 Ogos 2007 yang lalu telah disaratkan dengan propaganda rekaan Barisan Nasional khususnya demi kepentingan pilihanraya ke-12 yang dijangkakan belaku dalam jangka masa terdekat ini.

3. Sambutan Kemerdekaan Negara pada malam 31 Ogos 2007 merupakan penyelewengan dan salah guna kuasa yang terbesar dalam sejarah negara. Ini kerana seluruh jentera kerajaan digunakan bagi meraikan sambutan perayaan parti kerajaan UMNO dan Barisan Nasional semata-mata. Apa kaitannya sambutan kemerdekaan yang melibatkan seluruh jentera kerajaan dengan parti komponen UMNO dan Barisan Nasional? Adakah rakyat dipaksa untuk menyokong parti kerajaan Barisan Nasional dan mereka tidak ada hak menyatakan pendirian mereka. Bukankah ini sebuah negara demokrasi?

4. Kami amat mengesali kerana Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) selaku hos Sambutan Kemerdekaan Negara kerana gagal mengendalikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini di atas paksi kebenaran dan keadilan sejarah bahkan ternyata telah menafikan fakta-fakta kemerdekaan, sebaliknya cuba mengangkat parti pemerintah semata-mata sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.

5. Jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan golongan ulama demi perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air dari kuasa cengkaman penjajah perlu dihargai. Pengorbanan darah dan air mata golongan ulama ini perlulah diberikan hak yang sewajarnya dalam penulisan-penulisan akademik mahupun catatan-catatan ilmiah agar generasi masa hadapan dapat mengetahui dan menghayati perjuangan dan sumbangan mereka terhadap kemerdekaan negara.

Dengan ini kami menuntut dan mendesak agar:-

1. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) selaku hos sambutan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia secara terbuka melalui media cetak, media bertulis mahupun pengisytiharan dikhalayak umum terhadap pembohongan terhadap fakta-fakta sejarah yang telah dibuat.

2. Kami mendesak pihak kerajaan untuk berlaku adil dalam membentangkan fakta sejarah. Semua pihak yang terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan mesti diraikan samada mereka dari golongan parti yang memerintah ataupun tidak. Sepatutnya sambutan 31 Ogos 2007 yang lalu semua pihak dijemput dan diraikan bagi membuktikan keikhlasan kerajaan.

3. Kami menuntut agar kerajaan membetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan, termasuk di dalam buku-buku sejarah Malaysia. Nama-nama penting yang turut berjuang menuntut kemerdekaan seperti Dr Burhanuddin Al Helmy, Prof Zulkifli Muhammad, Pak Boestamam, Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan lain-lain lagi langsung dipadamkan dalam rekod sejarah sedangkan mereka juga adalah penyumbang utama menuntut kemerdekaan sehingga ada yang dibunuh, dibuang negeri, dipenjarakan dan lain-lain lagi.

4. Mengadakan dialog, forum, wacanan ilmiah, intelektual dan serta diskusi secara terbuka tentang isu kemerdekaan negara. Kami mencabar pihak kerajaan untuk mengadakan program-program wacana kemerdekaan secara terbuka dengan menjemput semua pihak samada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Dengan ini barulah kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan.

Akhirnya, berdasarkan fakta-fakta dan tuntutan yang telah diketengahkan diatas, kami mendesak agar kerajaan lebih bersikap objektif dan seharusnya bersikap telus serta adil terhadap sejarah tanah air tercinta ini. Pembohongan yang telah dilakukan membuktikan suatu penafian terhadap perjuangan para pejuang tanah air ini yang telah bertungkus lumus mengorbankan diri dan tenaga mereka demi pembebasan dan kemerdekaan negara daripada cengkaman penjajah. Sikap ‘mempolitikkan’ sejarah dengan propaganda palsu telah menyebabkan rakyat tidak lagi menghargai nilai sebuah kemerdekaan.

Sekian desakan dan tuntutan kami.

Yang benar,

YB. SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7454619430286576150.post-49220489252004815102007-09-02T22:01:00.000+08:002007-09-02T22:01:00.000+08:00Dik, bagus betul kandungan blog adik, tapinya.. su...Dik, bagus betul kandungan blog adik, tapinya.. susahnya org mcm saya nak baca.. boleh tolong pilih theme lain yang lebih sedap mata memandang. Striking red on green?
Boleh tukar?

Tima kasihAnonymousnoreply@blogger.com