A BLOG SITE OF QISTINA ZAINI HAMZAH!

TENTANG AKU...

My photo
hate rules, love friends, love food!, Malay...

Wednesday, May 18, 2011

Semalaman di Kuala Kangsar

tempat- Lenggong ke Kuala Kangsar
masa: 8.00mlm-11.00mlm - Selasa (17/5/2011)
tujuan- bawa mak ke Klinik Sabariah


Pada hari selasa (17/5/2011) aku dan walid serta pakcik Razak menghantar mak ke Klinik Sabariah di Kuala Kangsar. Pada awalnya mak tidak mahu ke klinik tetapi sebab sakit yang tidak sembuh-sembuh, mak bersetuju juga untuk ke Klinik. Aku dan Walid meminta bantuan Pak Cik Razak kerana hari sudah gelap dan kebetulan pula hujan renyai-renyai. Adil dan Mimi tidak turut serta kerana sudah malam dan perlu menjaga rumah.

Kami sampai kira-kira pukul 8.30mlm, suasana tidak terlalu sesak tetapi masih ada pesakit yang menungggu di ruang legar klinik tersebut.




Ada yang menunggu giliran dan ada juga yang sedang membuat bayaran selepas mendapatkan ubat.



Sebelum giliran mak berjumpa dokter kami terpaksa menuggu dua orang pesakit lain.


walid semasa menunggu giliran untuk berjumpa dokter.

mak sampai tertidur sementara menunggu :)

aku pun turut sama menunggu, hehehehehehe tiba-tiba aku terlihat seorang budak perempuan yang sannnggggaaattttt comeyyyy, nakal tapi manja: itulah yang boleh aku perkatakan tentang budak kechik tu, ha kenapa nakal? sebab asyik nak berlari kesana kemari tak nak langsung dengar cakap mak ayah dia.

ni la budak perempuan comey tu... dan bersebelahan dengan dia tu mak dan ayahnya

hehehehehe nie lagi....

memang budak nakal tapi chomeyyy heheheeh


comey kan?


hah! jangan tak taw yang klinik ni jugak "1 MALAYSIA" tawww.. nak taw kenapa? tuuu dekat bawah tuuu...heheheheheehheeheheh


just kidding yaa (no hard feeling ok).....


lepas menunggu hampir 20 minit lamanya nama mak pun dipanggil.
malam itu ialah malam giliran Doktor Hashim bertugas. Aku memang kenal sangat dengan doktor ni, dialah yang rawat aku semasa kecil (masa tu aku ada sakit athma yang agak teruk). Dia berkhidmat mungkin dah lebih atau hampir 20 tahun.

ni dia...



mak menceritakan segala masalah kesihatannya kepada doktor termasuklah masalah sembelit yang dihadapinya sekian lama.


lepas jumpa doktor, terpaksa menunggu lagi untuk mendapatkan ubat.

kaunter ubat.

selepas 5 minit, ubat siap dibungkus dan diberikan kepada walid. Harga ubat yang dikenakan ialah Rm35.00


selepas membayar harga ubat tersebut kami keluar dari klini dan sementara menunggu Pak Cik Razak mengambil kereta di tempat perking walid menyuruh aku membeli air mineral untuk mak makan ubat.


malam itu, mak diberi 4 jenis ubat.

1. Ubat pening (terdapat 2 jenis ubat pening yang diberikan kepada mak)


2. Ubat Muntah

3. Ubat sakit bahu


dan


4. UBAT LAWAS NAJIS


Selepas selesai urusan di Klinik Sabariah aku, walid, mak dan Pak Cik Razak pergi makan di sebuah restoran yang agak terkenal juga di Kuala Kangsa iaitu Restoran A & Z atau Restoren Pak Own (tak tawlah ejaan betul atau salah).

Malam tu aku memesan kue tiaw ladna, mak pula seperti biasa makan nasi tapi kali ni dengan sup sayur. (bagi aku tak sedap sup sayur tu), walid dan Pak cik Razak pula makan Nasi Goreng Kerabu.


pak cik Razak sedang diambil pesanan oleh kak waitress yang
boleh tahan cun..hehehehe sambil order tu, walid pesan sekali 2 bungkus nasi goreng untuk adil dan mimi yang setia menunggu di rumah.


tunggu jew laa.. makanan malam itu memang lambat sampai.....

selepas makan kami terus pulang tanpa singgah kemana-mana..
HOME SWEET HOME! heheheh


sekian
QISTINA ZAINI


Monday, May 16, 2011

Aku dan Adik Beradik Semasa Kecil

KAKNA - 4 tahun
Aku- x taw berapa umur aku mase nie
Mimi- 4 tahun
Yin - 3 tahun
Adil-6 Tahun

the most romantic poem ever created

SONNET 18

Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date:
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimm'd;
And every fair from fair sometime declines,
By chance or nature's changing course untrimm'd;
But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou owest;
Nor shall Death brag thou wander'st in his shade,
When in eternal lines to time thou growest:
So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this and this gives life to thee.

Sunday, May 15, 2011

Happy Teachers Day

HAPPY TEACHER'S DAY




Hai , salam sejahtera, hari ini aku nak mengucapkan Happy Teachers Day untuk cikgu2 aku di Tingkatan 6 SMK Dato' Ahmad. Walaupun tingkatan 6 telah berakhir tapi jasa mereka tetap aku kenang sehingga hari ini. TERIMA KASIH CIKGU. I LOVE YOU ALL heheheh so cliche, tul x

tahun lepas aku ade buat persembahan sajak, tajuk dia " i want to be like you"
masa tu aku dah prepare sajak len tapi tukar last minute coz x bape yakin ngan sajak bahasa melayu.. heheheh nie dia sajak dia


DIFAHAMI




Dalam kekerasan hati aku lihat ada kelembutan
yang tak pernah dapat terungkai
Dalam pedasnya kata-kata aku lihat kasih sayang yang
tak pernah dapatku mengerti
Dalam tajamnya renugan mata kulihat sinar
Matahari yang terik menyinari menyatakan
Betapa hati ingin dimengerti
Dalam halusnya suara dapatku dengar
dengusan-dengusan nafas yang lelah
menyatakan betapa diri ingin dihargai

Hanya kekerasan yang menutupi kelembutan
Hingga hadiryna tohmahan
Menutup cahaya mentari
Menista sinar kasih sayang

Namun…
Tidak akan pernah ada yang memahami
Selagi tiada yang cuba menyelami
Dari hati seorang insan
yang cuba untuk aku mengerti

hehehe lagi satu takut dorang x faham.. korang?



ini ucapan aku tuk cikgu2 aku tuuuu....


Mrs Renuga Sambasivam

- hi tcher...happy teachers day teacher, thanks 4 everything, teacher memang best, understanding dan macam2 lagi. You're the best english teacher i ever had. Thank You so much...


Mr S. Surendra Prakash Jankan

- Hi, how are you. I hope you're in the pink of health. Happy Teachers Day n thank you 4 everything. Hope life's been good to you. N remember this "SMKDA means NOTHING without your presence". Have A Great Day. Thank You!


En Zaidi


- Assalamualaiku. Selamat Menyambut Hari Guru . Terima kasih atas segalanya.
Thank You.


Cik Azura

- Assalamualikum cikgu, apa khabar? Qis nak ucapkan selamat hari guru kepada cikgu Zura dan semoga berbahagia hendaknya. Thanks sebab bnyak beri tunjuk ajar masa tingkatan 6 dulu. Halalkan ilmu dan makanan yang cikgu beri dulu. Terima Kasih banyak2.

Cik Hjah Zalina

- Terima kasih cikgu atas semua ilmu yang diberikan. hehehehe sorry sebab slalu buat cikgu pening kepala. Sekali lagi terima kasih.



Cik Sukariah

- Assalamualaikumi cikgu, selamat menyambut hari guru semoga cikgu sihat selalu dan halalkan segala ilmu yang diberi. Terima Kasih.


Cikgu Man

- salam... nak ucapkan beribu ucapan terima kasih kepada cikgu

yang telah bnyak membantu saya semasa di Tingkatan 6. Thank You so much... Happy Teachers Day.


Pn Zubaidah
- hi cikgu, apa khabar harap sihat lah yer. Saya ucapkan terima kasih sebab mengajar saya semasa form 6. Terima kasih bnyak2. Selamat Hari Guru.


En Khalid.

- Assalamualikum cikgu khalid, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan sepanjang pembelajaran saya di Tingkatan 6. Semoga cikgu lebih gembira di sekolah baru, amin... Selamat Hari Guru.



so, thanks utk semua cikgu yg pernah mengajar QISTINA ZAINI HAMZAH...

THANK YOU SOOO MUCHHHHHH!!!!!


SEKIAN
QISTINA ZAINI

Saturday, May 14, 2011

KISAH DONGENG SAJA...

DONGENG? Satu kisah yang diada adakan.

Dongeng memang indah tapi kalu cinta dongeng?

Tak seindah itu.


Apa yang aku nak ceritakan pada entry kali ini memang ada kaitan dengan "dongeng"... ha? Bukannya cerita dongeng Indon yang super mengarut tu... eh eh silap... Indo laaa (nanti abis laa aku kene sweeping ngan mat2 indo) hehehehe just kidding yaaa. Walaupun aku ni murid sastera tapi cerit-cerita dongeng ni bukan taste aku la. Pada entry kali nie aku nak cerita pasal lagu terbaru STACY (AKU MINAT GILAA SAMA STACY) tajuk lagu dia Kisah Dongeng.

Pada pendapat aku lagu nie memang sedih sangat-sangat. Menceritakan luahan seorang wanita yang kurang sempurna tapi ingin memiliki teman hidup. Dia mahukan seseorang yang boleh menerima dirinya seadanya, mencintai dia kerana sifat dan bukan rupa. Wanita yang diceritakan dalam lagu ini juga tertanya-tanya samaada cinta yang diidamkannya benar-benar wujud ataupun hanya kisah dongeng!

Ni lirik lagu dia.

Lirik Lagu Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Lirik/Lagu: Edry Abdul Halim


So korang yang bijaksana kat luar tu cubalah nilaikan sendiri samada betul atau tak pemahaman aku tentang lagu ni

Ok peace no war


Sekian,

Qistina Zaini

Friday, May 06, 2011

KAWaN=PERSAHABATAN = FRIENDSHIP?

kawan: seseorang yang kita anggap penting dan paling memahami diri kita.
persahabatan @ friendship: hubungan yang suci antara sahabat @kawan



Hi gud morning


aku nk cerita pasal benda yg semua orang tahu... iaitu sahabat, kawan dan yg seangkatan dengannya. Aku ada bnyak kawan tapi cuma beberapa orang jew yg betul2 boleh aku klarifikasikan sebagai kawan yg mempunyai hubungan persahabatan dengan aku. Entahlah, ,mungkin kebanyakan dari mereka tak betul2 berada dalam hati aku. Antara kawan yg betul2 baik dan ada dalam hati dan perasaan aku ialah Ruhaya, Syafawani ,Farah, Fazirah, Hanisah, Sofiah, Fasihah, Ain, Ashikin dan Azwaty. Aku nk ceritakn semuanya di sini.

Tapi, aku nak ceritakan dengan menggunakan lirik lagu. Lagu nie lagu persahabatan yg paling indah dan paling bermakna buat aku. Tajuk die Gift of A friend daripada Demi Lovato (mungkin lagu nie ditujukan untuk sahabat baik beliau iaitu Selena Gomez)... mungkin laa.

Gift Of A Friend Lyrics


Sometimes You think You'll Be Fine by Yourself
Cause a Dream is a Wish You Make all alone
Its Easy to Feel Like You Dont Need Help
But Its Harder To Walk On Your Own

- sebelum ni aku pernah fikir yang aku lebih suka atau senang hidup sendirian, bekerja sendiri dan aku juga tak suka bekerja dalam kumpulan. ermm memang kena dengan rangkap pertama lagu ini tapi selepas aku berada di tingkatan enam aku belajar yang bekerja dalam kumpulan atau bersama rakan2 lebih menyeronokkan. aku berhutang banyak kepada cikgu sejarah aku sebab dia aku mula belajar untuk kerja berkumpulan sebab setiap tugas yang dia beri mesti dilakukan bersama kumpulan..hehehehe. Aku dapat rasa susahnya bekerja sendiri tanpa bantuan kawan dan kumpulan.




You'll Change
Inside
When You
Realize



- aku sedar yang hidup aku jugak benar-benar berubah sejak aku kenal erti sahabat sejati. sebelum nie ramai kawan yg bersama aku tapi kebanyakannya cuma ambil kesempatan mungkin sebab aku yang cukup lemah bila berhadapan dengan mereka




The World Comes To Life
and Everything's bright
From Beginning To End
When You Have a Friend
By Your Side
That Helps You To Find
The Beauty you are
When You'll Open Your Heart and
Believe in
The Gift of a Friend
The Gift of a Friend


- dunia dan hidup aku terasa lebih nyata dan indah bila bersama kawan-kawan baik aku. Mereka menyinar ibarat matahari dan menyinari kehidupan aku sehari ke sehari. mereka banyak membantu dan memberikan nasihat. Mereka menegur aku supaya aku menjadi lebih baik dan aku tak pernah marah kepada mereka kerna aku tahu merekalah sahabat terbaik yang dianugerahkan untuk aku.



Someone Who knows When Your Lost and Your Scared
There through The Highs and The Lows
Someone toCount On
Someone Who Cares
Besides You Where Ever You Go


- kawan atau sahabat sejati adalah mereka yang tahu menilai kita, mereka tahu benar akan apa yang kita rasa. Bila kita takut dan putus asa mereka akan memberikan kata-kata semangat dan harapan baru untuk kita. Mereka peduli akan nasib kita dan akan terus bersama dengan kita. walaupun tiada disisi semangat mereka akan terus bersama kerana mereka benar2 tulus menjadi sahabat.



You'll Change Inside
When You
Realize

The World Comes To Life
and Everythings bright
From Beginning To End
When You Have a Friend
By Your Side
That Helps You To Find
The Beauty you are
When You'll Open Your Heart and
Believe in
The Gift of a Friend

And When your Hope Crashes Down
Shattering To The Ground
You , You Feel All Alone
When You Don't Know Which Way To Go
And There's No signs Leading You home
You're Not Alone


- Bila jaln kita buntu dan kita betul2 putus harapan sahabat sejatilah yg akan membimbing kita melalui semua itu.


The World Comes To Life
and Everything's bright
From Beginning To End
When You Have a Friend
By Your Side
That Helps You To Find
The Beauty you are
When You'll Open Your Heart and
Believe In
When You Believe In
When you Believe
The Gift of A Friend



AKU BENAR2 PERCAYA PERSAHABATAN ANTARA KAWAN YANG IKHLAS LEBIH MULIA DARI PERASAAN CINTA ANTARA KEKASIH.


- its easy to find a lover but not a true friend.

- they create the word "divorce" for married couple but not friends.

- maybe blood is thicker than water but a true friend is worth than a fake/liar family members.





sekian
Qistina zaini

RESEPI KEK BATIK

RESEPI KEK BATIK

BAHAN2

  1. BISKUT MARIE – I PAKET ( PATAH2KAN)
  2. MILO – 1 PEKET KECIL (YG WANE HIJAU 2 TP IKUT SUKE LAA KLU NK BNYAK PUN BOLEY)
  3. SUSU PEKAT MANIS– 1 TIN
  4. BUTER – 250GRM
  5. KACANG DI GORENG - SUKE HATI (BUANG KULIT N RAMAS2 JADI KECIL SKIT) (APE2 PUN BOLEY, MAK AKU GNE KACANG TANAH TP AKU LG SUKE KALAU GNE ALMOND)

CARA-CARA

  1. AMBIK SATU PERIUK PANSKAN JGN LETAK MINYAK, PASTU MASUKKAN BUTER. BILA DAH CAIR MASUKKAN SUSU NGAN MILO.
  2. KACAU SAMPAI SEBATI.
  3. LEPAS 2 MASUKKAN BISKUT MARIE NGAN KACANG N GAUL2 SAMPAI RATA. BILA DAH RATA TUTUP API.
  4. AMBIK LOYANG , LETAK ADUNAN BISKLUT TADI DALAM LOYANG N RATAKAN MACAM BUAT KEK PAS2 SIMPAN DLM PETI AIS SAMPAI BEKU (TP JGN BEKU SANGAT NANTI KERAS)- KALU NK MAKAN PNAS2 PUN SEDAP.
  5. BILA DAH SEJUK BOLEH LAA DIPOTONG.
  6. BOLEY LAA MAKAN..HEHEHEHHE

P/S

  1. KACANG 2 ADE DUA CARA NAK LETAK

(A)MASE GAUL

(B)LETAK ATAS BISKUT BILE DAH RATA DALAM LOYANG

  1. KALAU NK GANTI MILO NGAN KOKO PUN OK.
  2. ADUNAN NIE TUK SEPEKET BISKUT JEW.

SELAMAT MENCUBA!