A BLOG SITE OF QISTINA ZAINI HAMZAH!

TENTANG AKU...

My photo
hate rules, love friends, love food!, Malay...

Wednesday, October 22, 2008

Thursday, October 02, 2008



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR
DAN
BATIN






SELAMAT HARI RAYA BUAT MAK, WALID, KAKNA,MIMI ,YIN
DAN ADIL........

LUV
qist


Monday, September 22, 2008

Cara mecari malam Lailatulqadar

Cara mecari malam Lailatulqadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, adalah malam Qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (Hari Ganjil) bulan Ramadhan.
Petua Oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk mencari malam LailatulQadar jika awal Ramadhan jatuh pada hari :-


1. Ahad atau Rabu - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
2. Isnin - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan
3. Selasa atau Jumaat - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan
4. Khamis - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan
5. Sabtu - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan


Tanda-tanda Malam LAILATULQADAR

1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
3. Pada malam itu malaikat Jibrail akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menagis teresak-esak secara tiba-tiba.


UNTUK LEBIH LANJUT SILA KLIK

Saturday, August 23, 2008

HAPPY BIRTHDAY!

HAPPY BIRTHDAY NAJIHAH!



Glitter Photos



HAPPY SWEET 16....
&
SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI




















Sunday, August 17, 2008

PERAK untuk Malaysia!

Congratulation Lee Chong Wei!

 border=

Walaupun tidak pulang dengan pingat Emas!!
usaha kamu tetap dihargai......

TAHNIAH!!!!
TAHNIAH!!!!
TAHNIAH!!!!

Pingat Perak buat Malaysia!

CHONG WEI BOLEH....!
Malaysia BOLEH....!!!!


MALAYSIA NO1

“There are three ingredients in the good life: learning, earning and yearning.”

...

Saturday, August 16, 2008

GOOD LUCK LEE CHONG WEI



Good luck Lee Chong Wei......


Semoga berjaya dapat pingat emas dalam olimpik 2008 dan... pulang sebagai jutawan muda!
Keep on the good work!


M
ALAYSIANS
LOVE YOU!!!!!!!!!!!!!!!!
cCAAAAAAAAAAYAAALAHHH!!

Success is simple. Do what's right, the right way, at the right time.

GOOD LUCK!!!!!!!!!



Sunday, July 20, 2008

"DIE LOCOMOTIVE"


Dalam Siri Euro 2008 yang berlangsung baru-baru ini hampir kesemua pasukan pilihan kecundang pada awal perlawan contohnya Itali ada juga yang gagal keperlawanan, tapi tidak pada pasukan ini, Pasukan yang sangat hebat iaitu pasukan German. Kejayaan pasukan ini disebabkan oleh seorang pemain contoh dan sangat berbakat. Ketahanan Jerman sepanjang siri itu juga tentunya disebabkan oleh pemain yang digelar kepala kereta api oleh teman-teman dan peminatnya.

Beliau yang saya maksudkan ialah Michael Ballack, Mungkin kerana kehebatan beliau dan kepantasan beliau beliau digel;ar die locomotive yang bermaksud kepala kereta api. Ayam tambatan jerman ini telah dilahirkan pada bulan September tanggal 26 tahun 1976, Tahun ini genaplah usia beliau 32 tahun . Walaupun sudan mencecah 30an beliau masih lagi aktif dan cukup hebat dari segi persembahan dan setiap kali perlawanan beliau mempamerkan aksi yang hebat dan bertenaga.

Anak emas Jurgen Klinsman ini, dilahirkan di Görlitz, Saxony ,Jerman. Pada usia awal 20an beliau telah menamatkan zaman bujangnya dengan buah hatinya yang jelita bernama Simone lambe. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan 3 orang anak lelaki iaitu Louis (7 tahun) Emilio (6 tahun) dan Jordi (3 tahun) yang kemungkinan besar mewarisi bakat dan kehebatan ayahnya.Seperti kata pepatah mana tumpah kuah kalau tak kenasi. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Walaupun bergelar pemain no 1 German, Michael Ballack tidak pernah mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai ayah kepada 3 orang putera yang comel-comel belaka.

Pada awal kemunculan jejaka idaman dunia ini ialah pada tahun 1983–1995, beliau telah menyertai Kelab Remaja Karl-Marx-Stadt FC yang kemudiannya ditukar nama menjadi Chemnitzer FC .Beliau muncul sebagai pemain remaja utama jerman pada ketika itu..

Pada tahun berikutnya beliau telah menyertai Kelab Senior antaranya ialah Kelab Senior Chemnitzer FC dari tahun 1995-1997 beliau telah muncul sebanyak 15 perlawanan, Kelab Kaiserslautern FC pada tahun 1997-1999 beliau telah muncul dalam 46 perlawanan dan berjaya memperoleh 4 gol, Kelab Bayer Leverkusen pada tahun 1999-2002 beliau muncul dalam 79 perlawanan dan berjaya memperoleh 27 gol. Beliau menjadi sanjungan ramai ketika

peranannya sebagai pemain tengah mewakili Bayer Leverkusen menunjukkan permainan yang berkesan semasa menyerang mahupun bertahan , beliau menyertai Kelab Bayern Munich FC pada tahun 2002-2006 beliau muncul dalam 107 perlawanan, beliau berjaya memperoleh 44 gol. Jurulatih telah memberikan Ballack peranan baru yang menyaksikannya lebih bertindak dalam peranan pertahanan, berbanding dengan serangan, dengan itu beliau tidak begitu kerap ke hadapan tetapi sebaliknya menumpukan usahanya pada perlindungan empat orang pemain di belakang serta mengagih-agihkan bola. Kini beliau bersama Kelab Chelsea. Sepanjan bermain di Kelab ini beliau telah muncul dalam 44 perlawanan dan memperoleh 11 gol.

Pencapaian beliau dalam setiap perlawanana beliau sangat membanggakan, tiada satu perlawanan pun yang beliau dilihat pulang dengan tangan kosong, semuanya diisi dengan kesungguhan dan kehebatan beliau.

Dalam Skuad Kebangsaan pula beliau telah sertainya pada tahun 1996-1998 bagi skuad bawah 21 tahun beliau muncul dalam 19 perlawanan dan menjaringkan sebanyal 7 gol. Pada tahun 1999- kini beliau bermain di Skuad utama Kebangsaan Jerman.

Pada tahun 2004 dengan penuh kepercayaan jurulatih Pasukan Kebangsaan Jerman Jurgen Klinsman pada ketika itu telah melantik Michael Ballack sebagai Kapten pasukan . Oleh kerana kehebatan dan kesungguhan beliau, Michael Ballack telah dimasukkan ke dalam FIFA 100, iaitu senarai 100 pemain terhebat dunia yang turut disertai oleh pele’, Diego Maradona dan Zinedine Zidane.

Antara keistimewaan Ballack ialah beliau seorang yang sangat gigih dan kuat berusaha. Beliau tidak gentar dengan apa saja

halangan dan cabaran yang beliau hadapi. Beliau juga seorang pemain yang bersikap terbuka dan menerima sebarang kritikan dengan berlapang dada. Michael Ballack berupaya bermain dengan kedua-dua kakinya, serta di udara. Ciri-ciri ini telah memberikannya anugerah pemain tahunan Jerman buat tiga kali, iaitu pada tahun 2002, 2003, dan 2005. Beliau kini telah menjadi salah satu ikon sukan Jerman yang utama dan terunggul.