A BLOG SITE OF QISTINA ZAINI HAMZAH!

TENTANG AKU...

My photo
hate rules, love friends, love food!, Malay...

Sunday, March 20, 2011

PLEASE VOTE AYASOFIA!

salam, hai..

hari ni my besfwen just bgtaw yg die nak masuk 1 contst model muslimah..
aku rase dia ni memang sangat berbakat, jd aku nak menyeru kpada semua orang supaya tolongla VOTE untuk kawan aku nie..name die Ruhaya bt Muhammad Yusoff..die ni memang cantik sangat2. Muka die very exotic... x dapt kat mane2 der.










so sape2 yang ade fb tolonglaa Vote untuk dia

cara2 nak vote
1. pegi kat page ni (http://www.facebook.com/pages/sikinrizqi-collections/103650233008986)
2. Like page 2
3. Cari posting atas nama Ayasofia Yussof
4. Tekan LIKE.
5. bgtaw kat kawan2, member and sedare mare anda juga ok...

* tarikh tutup sampai 23/3/2011

Saturday, March 19, 2011

DONUT ISTIMEWA KIESTY

DONUT ISTIMEWA KIESTY

BAHAN - BAHAN

  1. 500g all-purpose flour
  2. 35gm yeast basah
  3. 250 ml susu segar suam
  4. Sudu susu pekat manis
  5. 2 kuning telur
  6. 3 sudu besar kentang lenyek
  7. 6 camca besar gula halus
  8. 2 camca besar garam
  9. minyak secukupnuya

CARA2

  1. Masukkan yis kedalam air panas kemudian kacau sehingga rata.
  2. Pukul bersama susu segar, susu pekat manis, kuning telur, kentang, gula dan garam sehingga kembang.
  3. masukkan 250 gm tepung dan putar lagi selama 1 minit
  4. masukkan lebihan tepung dan uli sehingga rata sekurang-kurangnya 25 minit
  5. biarkan doh selama 1 jam
  6. selepas satu jam, keluarkan angin yg terdapat di dalam aduan tersebut dengan cara mencucuk garpu secara perlahandi permukaan doh.
  7. kemudian bolehlah membentuk donut menggunakan donut cutter
  8. selepas itu bolehlah digoreng sehingga perang keemasan

Thursday, March 17, 2011

mencari keadilan ... satu perjuangan atau....

hi... salam, selamat sejahtera,

Aku terpanggil untuk menyuarakan pendapatku tentang KEADILAN


Semasa aku berada ditingkatan 6, hampir 2 tahun lalu aku pernah mendengar guruku berkata "hidup tak pernah adil", dan sememangnya aku mempercayai kata -katanya.

Adil atau tidak... bergantung kepada siapa yang menuturkannya, siapa yang mengalaminya, dan siapa yang menjadi mangsanya.

1. KEADILAN- kata-kata manis, api yang membakar semangang perjuangan, Entah untuk siapa dan mengapa aku tidak mahu tahu (tak bermakna aku tidak tahu) kerna aku muak dengan lakonan jelik mereka.

2. Keadilan- memperjuangkan keadilan memang satu perjuangan yang amat manis, amat besar artinya bagi orang - orang yang lemah, bagi orang-orang yang teraniaya, bagi orang-orang kerdil dan bagi orang-orang yang tidak pernah merasa apa itu keadilan. Mereka menjerit, melaung, dan menjerit lagi.. untuk apa? untuk mencari keadilan juga untuk membuat perubahan
tapi, dengan jeritan - jeritan itu sememangnya tak bermakna apa-apa.

3. Keadilan- sedap bagi orang - orang diperjuangkan tapi sengsara bagi orang - orang yang memperjuangkan, mengapa? ya kerana duit, kerana harta, kerana semua kesenangan dunia. orang yang diperjuangkan hidup dalam kemewahan bermandikan wang, puji pujian, harta dan pangkat (semua yang diinginkan oleh manusia normal yang punya akal, hati dan nafsu) tapi orang-orang yang memperjuangkan? tak pernah diendahkan, ibarat kain buruk yang lempar begitu sahaja. adilkah begitu?

4. Keadilan- mencari keadilan dan berjuang untuk keadilan memang senang diucapkan, mudah dituturkan...satu perjuangan besar bagi orang-orang yang juga "BESAR" (besar harapan dan besar keinginan) atau... satu penipuan? penipuan keatas orang-orang yang lemah, lemah segalanya (duit harta dan pangkat). mungkin aku tergolong dalam salah satu kelompok itu.

5. Keadilan - Mencari keadilan, bukan semua orang berpaksi pada pencarian yang sama, mungkin tujuan nya sama tapi niat? (rambut sama hitam tapi hati lain-lain) mungkin ini menjadi punca perpecahan, dimulakan dengan keluarga, saudara mara, sahabat handai dan mungkin juga DUNIA.





akan aku kupas lagi kemudian, tunggu... banyak yang aku mahu perkatakan tentang perkataan
"KEADILAN".

Tuesday, November 23, 2010

STPM

Hi guys.... stpm now! Pam 2 dah lepas (ok....) fine,,,, THANK GOD, aku ase best. Thanks mummy, banyak bantu qis!

After this, ada lagi SUBJEK LIKE, sejarah (GOD i'm dying to get A), P.P(well i hope its fine), sastera (my LOVE), BM (cikgu hajah pls pray 4 me!)

Ok...PRAY 4 ME K.....

LOVE, QISTINA

Monday, October 18, 2010

CAHAYA DEWAKU...

CAHAYA DEWAKU...

Dia cahaya dewaku..

Cahaya Hidupku..

Cahaya Jiwaku..

Menyinari aku..

Jiwaku..cintaku

Aku,

Aku diam...

aku. Sunyi...

Diam tanpa dia,

Sunyi tanpa hadirnya

Kerna dia...

Cahaya dewaku..cahaya hatiku

Dia mentari yang menyinar dalam gelita malamku

Dia, Surya yang bercahaya dalam sunyi hariku

Membawa pergi hatiku...

Membawa pergi jiwaku

Pergi jauh,

Jauh kealamnya

Alamnya..

Alamnya...

Yang tiada jalan kembali

Yang ada Cuma gerbang masuk

Tanpa kembali

Apa...

Apa aku harus kesana?

Mengambil semula hatiku

Jiwaku...

Cintaku..

Apa aku sanggup?

Saturday, June 19, 2010

MISSING CAT!

MISSING CAT-PLEASE HELP-

LAST SEEN ON 18 JUNE 2010
PLACE-LENGGONG!
PLEASE HELP...



MISSING CAT- PLEASE HELP


PLEASE CALL!!!!!!!!!!!!!!!!

1. QISTINA ZAINI BT HAMZAH: 0125785568
2. HABIBAH ABDUL MANAN: 0125845614
3. RUMAH: 05-7676019

ADDRESS: NO 11, TAMAN CHEMPAKA,
33400 LENGGONG






Thursday, May 20, 2010

JaNgAn SeNsItIf- CePaT MeLeNtInG!!!

salam,

lama dah aku tak memblog ni kan?
banyak yang aku alami sepanjang beberapa bulan ni. Kadang-kadang benda
yang tak pernah aku jangka akan berlaku....berlaku juga
banyak masalah yang aku dapat, sekolah, kawan-kawan, MrS
dan macam-macam lagi...
kadang-kadang rase bosan duduk kat f6... bukan sebab keje sekolah
banyak tp sebab cikgu and ntahlah, cikgu akademik dan koku nampak
sangat tak sebulu.. bila buat keje koku cg akademik marah bile tak tolong
keje koku cikgu koku marah...jadi kami sebagai murid tersepit
ditengah tengah... well ni sebenarnya dah lari dari topik aku kali ni...

aku nak citer pasal sikap sensitif dan cepat melenting dia nie...
bile die cakap yang die tak cepat melenting namun ekspresi dia mase
ckap macam tu memang membuktikan yang dia cepat MELENTING!
ditambahi pula dengan tindakan kurang bijak yang dia buat lepas tu...
aku tak faham apa yang dia buat, apa yang dia rase?

marah? kecil hati? kecewa???????

kenapa jadi macam tu...? dia kene selidik dulu... tanya dulu...
sekali lagi aku cakap jangan cepat melenting...jangan sensitif...
kita tak tau apa yang orang cakap pasal kita mungkin betul...
kita tak boleh harap yang orang akan puji kita saja....
kadang kala kutukan juga sebenarnya adalah pujian..
tak terlalu mengutuk sebenarnya lebih kepada nasihat.
.bukan nak tunjuk pandai tapi sekadar nasihat dari
seorang manusia kepada manusia yang lain...
itu tanda sayang!..

aku tak tau nak cakap apa..kalau salah cakap aku...
yang kene expel nanti...kan susah macam mane nak belajar....
dah la subjek tu paling penting dalam hidup aku...
aku sayang giler subjek tu...!

aku harap satu hari nanti dia tau yang bukan sume orang benci die..
aku juga nak die tau yang perangai die yang akan buat orang yang
tak benci jadi menyampah pula nanti!
aku masih suka and hormat dia sebagai dia dan dia...
apa yang aku tulis ni cuma apa yang aku rase...

dia masih the best!
no 1...
the greatest...

cuma tegur bukan nak tunjuk hebat!
jangan sensitif ...
jangan cepat melenting...
kami sume sayang die....
die tak jahat pown!

sekali lagi aku nak cakap JANGAN CEPAT MELENTING...


maaf jika dia terbaca tulisan ini...
aku tak marah, benci atau sakit hati dengan dia
mengkritik tak semestinya membenci tapi lebih
kepada tanda sayang...

Terima Kasih

SEKIAN
QISTINA ZAINI