A BLOG SITE OF QISTINA ZAINI HAMZAH!

TENTANG AKU...

My photo
hate rules, love friends, love food!, Malay...

Saturday, July 16, 2011

Aku, Sejarah dan USM...

Assalamualaikum semua,


15 hb 7 2011 adalah hari yang paling menggembirakan untuk aku, setelah beberapa minggu menuggu akhirnya keputusan RAYUAN Universiti Sains Malaysia keluar juga. Alhamdulillah rayuan aku telah didengar dan diterima oleh USM. Aku telah diterima untuk melanjutkan pelajaran di USM bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Sastera. Dengan adanya peluang ini aku harap dapat merealisasikan cita-cita terbesar dalam hidup aku iaitu menjadi seorang sejarawan yang disegani di Malaysia.

Sejarawan? ya. Sejarah adalah minat aku sejak di bangku sekolah. Aku telah pupuk minat dalam sejarah sejak lama dahulu. Sewaktu kecil aku telah dibiasakan membaca cerita-cerita tentang mitos, lagenda dan lain-lain. Aku sangat suka dan gemar akan cerita - cerita tentang Olympus, dewa zeus Hera, dan lain-lain. Pada waktu itu bagi aku "itulah" sejarah. Setelah belajar di sekolah dan mengenal apa itu sejarah aku mula mencintainya. Aku sudah dapat membezakan antara sejarah, mitos , lagenda dan lain-lain.


sekarang tiba masanya untuk aku mengenal sejarah dengan lebih "dekat" lagi. dan USM adalah jalan yang terbaik. amin.

USM jumpa 6/9 nie ok?