A BLOG SITE OF QISTINA ZAINI HAMZAH!

TENTANG AKU...

My photo
hate rules, love friends, love food!, Malay...

Wednesday, May 18, 2011

Semalaman di Kuala Kangsar

tempat- Lenggong ke Kuala Kangsar
masa: 8.00mlm-11.00mlm - Selasa (17/5/2011)
tujuan- bawa mak ke Klinik Sabariah


Pada hari selasa (17/5/2011) aku dan walid serta pakcik Razak menghantar mak ke Klinik Sabariah di Kuala Kangsar. Pada awalnya mak tidak mahu ke klinik tetapi sebab sakit yang tidak sembuh-sembuh, mak bersetuju juga untuk ke Klinik. Aku dan Walid meminta bantuan Pak Cik Razak kerana hari sudah gelap dan kebetulan pula hujan renyai-renyai. Adil dan Mimi tidak turut serta kerana sudah malam dan perlu menjaga rumah.

Kami sampai kira-kira pukul 8.30mlm, suasana tidak terlalu sesak tetapi masih ada pesakit yang menungggu di ruang legar klinik tersebut.




Ada yang menunggu giliran dan ada juga yang sedang membuat bayaran selepas mendapatkan ubat.



Sebelum giliran mak berjumpa dokter kami terpaksa menuggu dua orang pesakit lain.


walid semasa menunggu giliran untuk berjumpa dokter.

mak sampai tertidur sementara menunggu :)

aku pun turut sama menunggu, hehehehehehe tiba-tiba aku terlihat seorang budak perempuan yang sannnggggaaattttt comeyyyy, nakal tapi manja: itulah yang boleh aku perkatakan tentang budak kechik tu, ha kenapa nakal? sebab asyik nak berlari kesana kemari tak nak langsung dengar cakap mak ayah dia.

ni la budak perempuan comey tu... dan bersebelahan dengan dia tu mak dan ayahnya

hehehehehe nie lagi....

memang budak nakal tapi chomeyyy heheheeh


comey kan?


hah! jangan tak taw yang klinik ni jugak "1 MALAYSIA" tawww.. nak taw kenapa? tuuu dekat bawah tuuu...heheheheheehheeheheh


just kidding yaa (no hard feeling ok).....


lepas menunggu hampir 20 minit lamanya nama mak pun dipanggil.
malam itu ialah malam giliran Doktor Hashim bertugas. Aku memang kenal sangat dengan doktor ni, dialah yang rawat aku semasa kecil (masa tu aku ada sakit athma yang agak teruk). Dia berkhidmat mungkin dah lebih atau hampir 20 tahun.

ni dia...



mak menceritakan segala masalah kesihatannya kepada doktor termasuklah masalah sembelit yang dihadapinya sekian lama.


lepas jumpa doktor, terpaksa menunggu lagi untuk mendapatkan ubat.

kaunter ubat.

selepas 5 minit, ubat siap dibungkus dan diberikan kepada walid. Harga ubat yang dikenakan ialah Rm35.00


selepas membayar harga ubat tersebut kami keluar dari klini dan sementara menunggu Pak Cik Razak mengambil kereta di tempat perking walid menyuruh aku membeli air mineral untuk mak makan ubat.


malam itu, mak diberi 4 jenis ubat.

1. Ubat pening (terdapat 2 jenis ubat pening yang diberikan kepada mak)


2. Ubat Muntah

3. Ubat sakit bahu


dan


4. UBAT LAWAS NAJIS


Selepas selesai urusan di Klinik Sabariah aku, walid, mak dan Pak Cik Razak pergi makan di sebuah restoran yang agak terkenal juga di Kuala Kangsa iaitu Restoran A & Z atau Restoren Pak Own (tak tawlah ejaan betul atau salah).

Malam tu aku memesan kue tiaw ladna, mak pula seperti biasa makan nasi tapi kali ni dengan sup sayur. (bagi aku tak sedap sup sayur tu), walid dan Pak cik Razak pula makan Nasi Goreng Kerabu.


pak cik Razak sedang diambil pesanan oleh kak waitress yang
boleh tahan cun..hehehehe sambil order tu, walid pesan sekali 2 bungkus nasi goreng untuk adil dan mimi yang setia menunggu di rumah.


tunggu jew laa.. makanan malam itu memang lambat sampai.....

selepas makan kami terus pulang tanpa singgah kemana-mana..
HOME SWEET HOME! heheheh


sekian
QISTINA ZAINI


1 comment:

Hamzah M. Zain said...

bukannya semalaman...tu tambah2 sikit tu.