A BLOG SITE OF QISTINA ZAINI HAMZAH!

TENTANG AKU...

My photo
hate rules, love friends, love food!, Malay...

Saturday, March 19, 2011

DONUT ISTIMEWA KIESTY

DONUT ISTIMEWA KIESTY

BAHAN - BAHAN

  1. 500g all-purpose flour
  2. 35gm yeast basah
  3. 250 ml susu segar suam
  4. Sudu susu pekat manis
  5. 2 kuning telur
  6. 3 sudu besar kentang lenyek
  7. 6 camca besar gula halus
  8. 2 camca besar garam
  9. minyak secukupnuya

CARA2

  1. Masukkan yis kedalam air panas kemudian kacau sehingga rata.
  2. Pukul bersama susu segar, susu pekat manis, kuning telur, kentang, gula dan garam sehingga kembang.
  3. masukkan 250 gm tepung dan putar lagi selama 1 minit
  4. masukkan lebihan tepung dan uli sehingga rata sekurang-kurangnya 25 minit
  5. biarkan doh selama 1 jam
  6. selepas satu jam, keluarkan angin yg terdapat di dalam aduan tersebut dengan cara mencucuk garpu secara perlahandi permukaan doh.
  7. kemudian bolehlah membentuk donut menggunakan donut cutter
  8. selepas itu bolehlah digoreng sehingga perang keemasan

Thursday, March 17, 2011

mencari keadilan ... satu perjuangan atau....

hi... salam, selamat sejahtera,

Aku terpanggil untuk menyuarakan pendapatku tentang KEADILAN


Semasa aku berada ditingkatan 6, hampir 2 tahun lalu aku pernah mendengar guruku berkata "hidup tak pernah adil", dan sememangnya aku mempercayai kata -katanya.

Adil atau tidak... bergantung kepada siapa yang menuturkannya, siapa yang mengalaminya, dan siapa yang menjadi mangsanya.

1. KEADILAN- kata-kata manis, api yang membakar semangang perjuangan, Entah untuk siapa dan mengapa aku tidak mahu tahu (tak bermakna aku tidak tahu) kerna aku muak dengan lakonan jelik mereka.

2. Keadilan- memperjuangkan keadilan memang satu perjuangan yang amat manis, amat besar artinya bagi orang - orang yang lemah, bagi orang-orang yang teraniaya, bagi orang-orang kerdil dan bagi orang-orang yang tidak pernah merasa apa itu keadilan. Mereka menjerit, melaung, dan menjerit lagi.. untuk apa? untuk mencari keadilan juga untuk membuat perubahan
tapi, dengan jeritan - jeritan itu sememangnya tak bermakna apa-apa.

3. Keadilan- sedap bagi orang - orang diperjuangkan tapi sengsara bagi orang - orang yang memperjuangkan, mengapa? ya kerana duit, kerana harta, kerana semua kesenangan dunia. orang yang diperjuangkan hidup dalam kemewahan bermandikan wang, puji pujian, harta dan pangkat (semua yang diinginkan oleh manusia normal yang punya akal, hati dan nafsu) tapi orang-orang yang memperjuangkan? tak pernah diendahkan, ibarat kain buruk yang lempar begitu sahaja. adilkah begitu?

4. Keadilan- mencari keadilan dan berjuang untuk keadilan memang senang diucapkan, mudah dituturkan...satu perjuangan besar bagi orang-orang yang juga "BESAR" (besar harapan dan besar keinginan) atau... satu penipuan? penipuan keatas orang-orang yang lemah, lemah segalanya (duit harta dan pangkat). mungkin aku tergolong dalam salah satu kelompok itu.

5. Keadilan - Mencari keadilan, bukan semua orang berpaksi pada pencarian yang sama, mungkin tujuan nya sama tapi niat? (rambut sama hitam tapi hati lain-lain) mungkin ini menjadi punca perpecahan, dimulakan dengan keluarga, saudara mara, sahabat handai dan mungkin juga DUNIA.





akan aku kupas lagi kemudian, tunggu... banyak yang aku mahu perkatakan tentang perkataan
"KEADILAN".