A BLOG SITE OF QISTINA ZAINI HAMZAH!

TENTANG AKU...

My photo
hate rules, love friends, love food!, Malay...

Friday, April 04, 2008

LOVE



Love is like magic
And it always will be.
For love still remains
Life's sweet mystery!!
Love works in ways
That are wondrous and strange
And there's nothing in life
That love cannot change!!
Love can transform
The most commonplace
Into beauty and splendor
And sweetness and grace.
Love is unselfish,
Understanding and kind,
For it sees with its heart
And not with its mind!!
Love is the answer
That everyone seeks...
Love is the language,
That every heart speaks.
Love can't be bought,
It is priceless and free,
Love, like pure magic,
Is life's sweet mystery!!

Sunday, March 30, 2008

SEBUTIR PASIR DIKAKI(KERUSI TINGKATAN 5)

TEMA

Perasaan cinta kepada tanah pusaka yang menjadi warisan keluarga.


PERSOALAN

Kesanggupan untuk b’korban apa saja bg m’p’thnkn tnh pusaka.

(b) Sikap tegas dan tidak mudah lupa diri setelah m’p’oleh wang ringgit atau kekayaan.
PLOT

• Fuad melepaskan rasa marah terhadap Datuk Sukar di hadapan ibunya.]
• Datuk Sukar jalankan tipu helahnya untuk mendapatkan tanah pusaka milik keluarga Fuad.

• Dia ambil cap jari ibu Fuad semasa Fuad berada di Singapura.

• Ibu Fuad yang buta huruf tidak mengesyaki apa-apa kerana kedudukan Datuk Sukar yang begitu berpengaruh.
• Ibu Fuad beranggapan tindakan yang dilakukan oleh Datuk Sukar telah dipersetujui oleh Fuad kerana Fuad bekerja dengan Datuk Sukar.

• Fuad ke rumah Datuk Sukar.

• Kedatangannya disambut baik oleh Datin Sipah dan Junainah.

• Mereka kesal dengan tindakan Datuk Sukar yang ketika itu tiada di rumah.
• Fuad melepaskan rasa marahnya terhadap Datuk Sukar.

• Datuk Sukar cuba mempertahankan dirinya dengan alasan ingin membantu keluarga Fuad.
• Fuad bantah dan desak agar geran tanahnya dikembalikan.

• Datuk Sukar halau Fuad dari rumahnya.

• Datuk Sukar kembalikan geran tanahmilik keluarga Fuad.
• Fuad tinggalkan rumah Datuk Sukar.
• Datuk Sukar jatuh pengsan.
WATAK &
PERWATAKAN


Fuad

Anak bongsu daripada dua adik-beradik.
Berusia 27 tahun.
Dilahirkan dalam keluarga yang miskin.
Hanya mempunyai kelulusan sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pangkat 3.
Ada seorang abang yang bersikap tegas dan keras hati.
Bertugas sebagai penyelia di syarikat Datuk Sukar.
Berani menegakkan kebenaran.
Taat menunaikan suruhan Tuhan.
Datuk Sukar


Berusia 50 tahun.
Bertubuh gempal, bermisai nipis dan berjanggut sejemput.
Suami Datin Sipah dan ayah kepada Junainah.
Seorang kenamaan dan kaya.
Seorang yang ego, pendendam dan tidak mahu mengalah.
Tidak jujur dan banyak menipu orang demi kepentingan diri.



Mak
Ibu Fuad.
Sudah tua dan merupakan janda kepada dua orang anak lelaki.
Rambutnya sudah banyak beruban dan mukanya berkedut.
Buta huruf dan berbaik sangka.
Tidak menyangka Datuk Sukar akan mempermainkannya.




Junainah


Anak Datuk Sukar dan Datin Sipah.
Berusia 21 tahun dan memiliki rupa paras yang cantik.
Memiliki rambut yang panjang sampai ke punggung, berkulit putih,sepasang mata yang cantik, mukanya berbentuk bulat dan tubuhnya tinggi lampai .
Kekasih Fuad.
Guru lepasan maktab.


Datin Sipah



Isteri Datuk Sukar dan ibu Junainah.

Memiliki sifat-sifat yang positif seperti baik hati, befikiran rasional, berhemah tinggi dan lemah lembut.


LATAR TEMPAT

Rumah Fuad
Dalam rumah Datuk Sukar
Luar rumah Datuk sukar
Maktab perguruan
Dewan negeri

LATAR MASA
Dalam lingkungan lima jam
(lewat petang hingga 11 malam)

LATAR
MASYARAKAT

Masyarakat yang menentang penyelewengan

Golongan berpengaruh yang menyalahgunakan kedudukannya


GAYA BAHASA



Peribahasa
Cth:keras hati,bermain kayu tiga,dan lepas mulut.

Personifikasi
Cth:Telinganya jelas menangkap kata2 Datin Sipah.

Pengulangan
Cth:Datuk Sukar orang besar,orang kaya,orang ada pengaruh.




NILAI


Kasih sayang
Cth:Fuad sgt syg akn Junainah & b’hasrat m’ambil Junainah sbg isterinya.
M’beri p’tolongan @ bantuan
Cth:Datuk Sukar m’ambil Fuad yg b’kelulusn SPM dgn pangkat 3 utk bekerja di syarikatnya.
Ikhlas.
Cth:Datuk Sukar dgn ikhlas m’bantu Fuad dgn cara m’ambil pemuda itu sbg pekerjanya.
Berani.
Cth:Fuad berani melawan Datuk Sukar demi m’p’tahnkan tanah pusaka yg cuba diambil oleh Datuk Sukar.





PENGAJARAN


Jangan bertindak mengikut emosi sehingga menimbulkan kesusahan kpd org lain.
Jangan bertindak terburu-buru kerana tindakan begitu hanya akan menimbulkan masalah.
Kita hendaklah berunding secara baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

TRAGEDI(KERUSI TINGKATAN 5)

TRAGEDI

TEMA dan PERSOALAN...


hati seorang ayah.
Kasih sayang sahabat.
Percaya akan qadak dan qadar.
Tidak menyimpan perasaan dendam.
Mengakui kesalahan diri.


PLOT DAN TEKNIK PLOT...

1. Pak Ismawan kesedihan kerana kematian anak lelakinya, Iswan.
2. Pada bahagian perkembangan cerpen digambarkan watak Iswan & hubungannya dengan Irnawati secara imbas kembali. Pada bahagian ini digambarkan Iswan terbunuh dilanggar oleh George Bulang.
3. George Bulang memandu dalam keadaan mabuk sehingga terlanggar Iswan.
4. Pada klimaks plot ini, George Bulang dibebaskan oleh mahkamah dari sebarang tuduhan. George Bulang meminta maaf kepada Pak Ismawan.
5. Plot memasuki tahap peleraian apbila Pak Ismawan memberikan ceramah tentang keselamatan di jalan raya.

TEKNIK PLOT…
Dialog:
“untuk apa?” Irnawati bertanya.
“untuk populariti” jawab Iswan.
Pemerian:
Pemergian Irnawati memang benar-benar mengosongkan suasana di rumah Pak Ismawan. Pak Ismawan sering terasa Iswan ada disisinya. Dan inilah yang selalu menyimbahi rasa pilunya.
Imbas Kembali:
Irnawati memberikan komen tentang permainan Iswan. Irnawati mahu supaya Iswan mengalahkan lawannya secepat mungkin kerana stamina Iswan tidak begitu baik.
Saspen:
Pengarang membiarkan pembaca tertanya-tanya hal yang akan berlaku kepada orang yang telah melanggar Iswan.









WATAK DAN PERWATAKAN..



PAK ISMAWAN…


o Pak Ismawan ayah Iswan.
o Seorang yang penyayang.
o Tenang dan tidak emosional.
o Pemaaf dan tidak suka berdendam.
o Murah hati.
o Seorang yang prihatin.




ISWAN…



o Anak Pak Ismawan dan sahabat baik Irnawati.
o Seorang yang baik hati dan jujur.
o Bersopan santun dan berbudi bahasa.
o Disiplin yang tinggi.
o Mementingkan strategi.
o Terbunuh dalam suatu kemalangan jalan raya.



Irnawati


o Sahabat baik Iswan.
o Prihatin.
o Penyayang dan mengambil berat.
o Mudah bersimpati.
o Seorang yang suka memberi nasihat.




GEORGE BULANG…



o Sahabat baik Iswan.
o Suka berfoya-foya.
o Seorang yang cuai.
o Bersedia mengakui kesalahannya.

LATAR…


LATAR TEMPAT...

Rumah Pak Ismawan.
Pejabat Pak Ismawan.
Hospital Jalan Pantai di Tanjung Aru, Penampang.
Mahkamah.
Dewan Masyarakat Sembulan.

LATAR MASA…

Dekad 1980-an atau awal dekad 1990-an.





LATAR MASYARAKAT…

Masyarakat di Sabah.
Golongan muda yang diberi kebebasan.
Masyarakat yang bersimpati atau prihatin.
Masyarakat yang penyayang.
Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup.
Masyarakat yang sentiasa bekerjasama.

GAYA BAHASA...

• DIALEK JAKARTA:
Dong iaitu “kata pelembut atau pemanis yang digunakan pada akhir kalimat”.
Menabrak iaitu “melanggar”.
• PERSONAFIKASI:
Bunyinya sungguh bising dan itu tandanya kereta itu berlari laju.


NILAI...


1. Kasih sayang.
2. Simpati.
3. Rajin.
4. Yakin diri.
5. Mengakui kesalahan.
6. Menepati janji.

PENGAJARAN...


1. Kita mestilah menerima takdir tuhan dengan hati yang terbuka.
2. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan.
3. Kita mestilah berani mengakui kesalahan yang telah dilakukan dan meminta maaf.
4. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain dan tidak berdendam.
5. Kita hendaklah berusaha menyeru orang lain supaya jangan memandu dalam keadaan mabuk kerana buruk akibatnya.

Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi

Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi was born at Khawarizm (Kheva), south of Aral sea. Very little is known about his early life, except for the fact that his parents had migrated to a place south of Baghdad. The exact dates of his birth and death are also not known, but it is established that he flourished under Al- Mamun at Baghdad through 813-833 and probably died around 840 C.E.
Khawarizmi was a mathematician, astronomer and geographer. He was perhaps one of the greatest mathematicians who ever lived, as, in fact, he was the founder of several branches and basic concepts of mathematics. In the words of Phillip Hitti, he influenced mathematical thought to a greater extent than any other medieval writer. His work on algebra was outstanding, as he not only initiated the subject in a systematic form but he also developed it to the extent of giving analytical solutions of linear and quadratic equations, which established him as the founder of Algebra. The very name Algebra has been derived from his famous book Al-Jabr wa-al-Muqabilah. His arithmetic synthesised Greek and Hindu knowledge and also contained his own contribution of fundamental importance to mathematics and science. Thus, he explained the use of zero, a numeral of fundamental importance developed by the Arabs. Similarly, he developed the decimal system so that the overall system of numerals, 'algorithm' or 'algorizm' is named after him. In addition to introducting the Indian system of numerals (now generally known as Arabic numerals), he developed at length several arithmetical procedures, including operations on fractions. It was through his work that the system of numerals was first introduced to Arabs and later to Europe, through its translations in European languages. He developed in detail trigonometric tables containing the sine functions, which were probably extrapolated to tangent functions by Maslama. He also perfected the geometric representation of conic sections and developed the calculus of two errors, which practically led him to the concept of differentiation. He is also reported to have collaborated in the degree measurements ordered by Mamun al-Rashid were aimed at measuring of volume and circumference of the earth.
The development of astronomical tables by him was a significant contribution to the science of astronomy, on which he also wrote a book. The contribution of Khawarizmi to geography is also outstanding, in that not only did he revise Ptolemy's views on geography, but also corrected them in detail as well as his map of the world. His other contributions include original work related to clocks, sundials and astrolabes.
Several of his books were translated into Latin in the early 12th century. In fact, his book on arithmetic, Kitab al-Jam'a wal- Tafreeq bil Hisab al-Hindi, was lost in Arabic but survived in a Latin translation. His book on algebra, Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al- Muqabilah, was also translated into Latin in the 12th century, and it was this translation which introduced this new science to the West "completely unknown till then". He astronomical tables were also translated into European languages and, later, into Chinese. His geography captioned Kitab Surat-al-Ard, together with its maps, was also translated. In addition, he wrote a book on the Jewish calendar Istikhraj Tarikh al-Yahud, and two books on the astrolabe. He also wrote Kitab al-Tarikh and his book on sun-dials was captioned Kitab al-Rukhmat, but both of them have been lost.
The influence of Khawarizmi on the growth of science, in general, and mathematics, astronomy and geography in particular, is well established in history. Several of his books were readily translated into a number of other languages, and, in fact, constituted the university textbooks till the 16th century. His approach was systematic and logical, and not only did he bring together the then prevailing knowledge on various branches of science, particularly mathematics, but also enriched it through his original contribution. No doubt he has been held in high repute throughout the centuries since then

Khalifah Umar B. Abdul Aziz

Khalifah Umar B. Abdul Aziz

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz adalah satu-satunya Khalifah Islam yang berjiwa besar dan merupakan seorang Khalifah Bani Umaiyah yang paling agung. Watak dan keperibadinya adalah berlainan dengan sebahagian besar khalifah-khalifah Bani Umaiyah yang tegas dan zalim. Jika sebahagian besar daripada khalifah-khalifah Bani Umaiyah banyak menghabiskan kekayaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka tetapi berlainan pula dengan keperibadian Khalifah Umar yang agung dan suci ini. Beliau sesungguhnya adalah seorang khalifah yang sangat bertaqwa terhadap Allah s.w.t. menyukai hidup sederhana dan zuhud serta berusaha kuat untuk mengembalikan pemerintahan negara kembali semula kepada dasar-dasar Islam yang murni. Justeru ketaqwaannya, baginda cuba menegakkan kembali keadilan pemerintah sebagaimana yang pernah berlaku semasa zaman nenek moyangnya Khalifah Umar Al Khattab r.a. Dan dalam banyak aspek, baginda yang sangat sederhana serta menjauhi kesenangan itu pernah dikatakan sebagai menyerupai kehidupan moyangnya Khalifah Umar Al Khattab yang termasyhur itu.

Nama baginda yang sebenar ialah Abu Jaafar Umar Bin Abdul Aziz Bin Marwan Bin Hakam, keturunan Umaiyali daripada bangsa Quraisy. Baginda dilahirkan di bandar Hilwan dalam tahun 61 H, di mana ayahandanya berkhidmat sebagai gabenor di tempat itu. Ibunya pula ialah Laila Binti A'sim Bin Umar Bin Al Khattab. Umar Bin Abdul Aziz adalah seorang yang di anggap bertuah kerana dilahirkan dan keluarga yang masyhur lagi di segani oleh rakyat jelata.

Semenjak kecilnya, baginda telah mula menghafaz AI-Qur'an kemudian beliau dihantar oleh ayahnya Abdul Aziz ke Madinah untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Semasa di Madinah baginda telah berguru kepada tokoh-tokoh ulama?, yang muktabar seperti Imam Malik Bin Anas, Urwah Bin Zubair, Abdullah Bin Jaafar Bin Ali Bin Abu Talib, Yusuf Bin Abdullah dan Said Bin Musaiyab. Setelah beberapa lama di Madinah, baginda kemudiannya dihantar pula ke Mesir untuk mendalami lagi ilmu pengetahuannya. Apabila ayahnya meninggal dunia, baginda dipanggil balik ke Damsyik oleh bapa saudaranya Abdul Malik Bin Marwan yang menjadi Khalifah ketika itu dan kemudian dikahwinkan dengan puterinya Fatimah Binti Abdul Malik.

Umar Bin Abdul Aziz adalah disayangi oleh bapa saudaranya Khalifah Abdul Malik kerana baginda mempunyai peribadi yang luar biasa dan memiliki sifat-sifat kepahlawanan yang diwarisi daripada datuknya Khalifah Umar Bin Al Khattab yang terkenal sebagai Khalifah yang adil dan perkasa. Maka berdasarkan faktor-faktor itulah baginda telah dilantik oleh Khalifah Al Walid Bin Abdul Malik memegang jawatan gabenor di Madinah.

Umar Bin Abdul Aziz telah menaiki tahta Kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 717 Masihi setelah kematian Khalifah Sulaiman Bin Abdul Malik atas wasiatnya. Setelah baginda memegang teraju pemerintahan negara, baginda dapati bahawa negara Islam di zaman itu tidak lebih dari sebuah negara feudal dan keadaan umat Islam pula telah berada jauh daripada apa yang dituntut oleh agama Islam.

Baginda juga mendapati bahawa anak-anak buah keluarga Bani Umaiyah memiliki istana-istana besar dan tanah yang luas. Mereka telah menggunakan harta kerajaan secara bebas, menindas dan merampas hak rakyat jelata dengan sewenang-wenangnya. Demikianlah keadaan negara dan umat Islam ketika baginda menaiki tahta Kerajaan Umaiyah. Maka sebab itulah baginda dari sejak mula memegang kekuasaan berikrar untuk mengembalikan semula keadilan dan keiz?zahan ajaran-ajaran Islam kepada kehidupan umat Islam ketika itu walaupun baginda terpaksa menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi. Baginda ingin menjadikan pemerintahan negara sebagai sebuah daulah yang benar-benar berdasarkan kehendak dan ajaran Islam yang suci.

Khalifah Umar sedar akan hakikat sebenarnya yang telah berlaku dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang menyebabkan rakyat merasa tidak puas hati terhadap kerajaan. Ini adalah disebabkan adanya kezaliman dan dasar tindas-menindas dari pihak kerajaan dan pegawai?-pegawainya terhadap rakyat jelata. Baginda telah bekerja keras untuk membawa pelbagai perubahan dan kebajikan terhadap rakyat jelata dalam kerangka mewujudkan sebuah pemerintahan Islam yang sejati.

Usaha kebajikan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ialah menghapuskan cacian terhadap Saiyidina Ali Bin Abu Talib serta keturunannya sebagaimana yang lazim dilakukan oleh Khalifah-khalifah Umaiyah ketika Khutbah Jumaat. Cacian ini diwajibkan kepada imam-imam atau khatib-khatib di setiap masjid agar membacanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat. Amalan mencerca Saiyidina Ali r.a. ini terus menerus diamalkan oleh Khalifah-khalifah Umaiyah sehinggalah kepada zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Baginda telah memerintahkan dengan keras agar perbuatan yang terkutuk itu dihapuskan sama sekali dan hendaklah digantikan tempat itu di dalam khutbah Jumaat dengan ayat-ayat suci Al Quran.

Satu lagi pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ialah menghapuskan bayaran jizyah yang dikenakan kepada orang-orang bukan beragama Islam yang tinggal di negara Islam dan jajahan takluknya. Tujuan baginda berbuat demikian ialah untuk menggalakkan mereka supaya bertambah ramai menganut agama Islam. Dan ini merupakan satu cara untuk meluaskan penyebaran agama Islam.

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz adalah seorang Khalifah yang sangat warak dan taqwa serta menyukai hidup zuhud dan menjauhi kesenangan. Corak kehidupannya amatlah sederhana sekali dan bagindalah satu-satunya Khalifah Umaiyah yang bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa mengira perbezaan darjat atau keturunannya.

Langkah yang diaplikasikan untuk menjadikan kehidupan rakyat bertambah senang baginda telah menaikkan gaji kaum buruh sehingga kenaikan tersebut hampir menyamai setengah-setengah gaji para pegawai kerajaan. Demikianlah besarnya perhatian dan kecintaan baginda terhadap golongan umat Islam yang miskin lagi rendah taraf kehidupannya.

Bagaimanapun satu-satunya lagi jasa Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang terbesar sekali ialah usahanya dalam memajukan pengajaran dan kepentingan agama Islam di lingkungan umat dan kerajaannya yang luas itu. Baginda telah memerintahkan Muhammad Bin Abu Bakar Al Hazni di Mekah agar mengumpulkan serta menyusun hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu baginda juga telah menghantar pendakwah-pendakwah Islam kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara serta mengajak mereka itu memeluk agama Islam.

Sebagai seorang yang alim dan ahli dalam bidang perundangan Islam, beliau sangat mengambil berat tentang kemajuan ilmu pengetahuan di zamannya. Semua orang -orang Islam diperintahkan supaya berjemaah dan menggunakan bangunan-bangunan masjid untuk mempelajari hukum Islam. Dalam rangka beliau untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara untuk mengajar hal-ehwal agama. Islam di sana. Beliau juga mengambil berat tentang penyebaran ilmu sains dan kedoktoran. Dalam bidang ini beliau memerintahkan golongan cerdik pandai Islam supaya menterjemahkan pelbagai cabang ilmu pengetahuan yang terkandung dalam kitab-kitab bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab. Penterjemahan ini adalah bertujuan supaya kitab-kitab tersebut dapat dipelajari oleh Umat Islam dan menjadi bahan kajian golongan cerdik pandai Islam ketika itu.

Keadilan adalah satu-satunya dasar pemerintahan yang sangat diperhatikan oleh Khalifah Umar Bin Abdul Aziz . Dapat dikatakan bahawa di zamannyalah umat Islam sekali lagi dapat menyaksikan ciri-ciri keadilan pemerintah Islam yang terpancar dari ajaran-ajaran Islam yang murni. Semasa pemerintahannya sekalian rakyat dilayan dan diadili dengan saksama tanpa terpengaruh oleh lingkungan pangkat, darjat atau keluarga. Baginda telah melarang keras hukuman bunuh dan potong tangan terhadap seseorang sekiranya pihak pendakwa tidak dapat membuktikan keterangan-keterangan yang jelas dan semua hukuman-hukuman tersebut Selain daripada itu harta rampasan perang tidak boleh dibawa kembali atau dibahagi-bahagikan menurut sesuka hati. Majlis Jemaah Negara pula tidak lagi dibenarkan dengan menggunakan harta kerajaan. Demikianlah gambaran corak pemerintahan yang dijalankan oleh Khalifah agung dari Bani Umaiyah ini yang wajar mendapat sanjungan umat serta ditauladani oleh pemerintah-pemerintah Islam dewasa ini.

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, Khalifah sangat amanah, adil lagi menyukai hidup zuhud telah meninggal dunia dalam tahun 101 Hijrah tatkala berusia 39 tahun. Walaupun zaman pemerintahannya itu sangat pendek sekali iaitu hanya 2 tahun 5 bulan sahaja namun baginda telah meninggalkan jasa-jasa yang sungguh besar dan mengkagumkan umat di sepanjang zaman. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas rohnya yang suci dan meredhai segala amalnya yang baik.

NOVEL JULIA (TINGKATAN 5)

JULIA

TEMA
KEBERANIAN DAN KEGIGIHAN SEORANG WANITA

PERSOALAN:
- Seorang anak yang bertanggungjawab
- Keruntuhan akhlak remaja disebabkan
terlibat pergaulan bebas
- Kemelesetan ekonomi menjejaskan
industri dan perniagaan

GAYA BAHASA
ARAB:
Alhamdulillah dan Ummi
BAHASA INGGERIS:
Sister
Inversi:
Air mata berderai gugur

PENGAJARAN:
1. Kita perlu membantu terutama kepada orang yang betul2 memerlukan
2. Kita perlu rajin dan berusaha untuk mencapai cita-cita
3. Kita perlu hidup sederhana walaupun kaya
4. Kita perlu menghormati orang tua sepanjang masa

WATAK & PERWATAKAN

JULIA


• ANAK SULUNG DARIPADA 4 ORANG ADIK BERADIK
• ANAK DATUK BAKAR DAN DATIN MAZNAH
• KASIH DAN TAAT KEPADA ORANG TUA
• MELANJUTKAN PELAJARAN DI AUSTRALIA
• SEMASA REMAJA, SUKA BERPELESERAN DAN MEMBUANG MASA
• BERUBAH BILA BELAJAR AGAMA DI AUSTRALIA
• BERTINDAK BIJAK MENYELESAIKAN MASALAH YANG MENIMPA SYARIKAT AYAHNYA.
• MENJADI SEORANG AHLI PERNIAGAAN YANG BERJAYA