A BLOG SITE OF QISTINA ZAINI HAMZAH!

TENTANG AKU...

My photo
hate rules, love friends, love food!, Malay...

Sunday, March 30, 2008

TRAGEDI(KERUSI TINGKATAN 5)

TRAGEDI

TEMA dan PERSOALAN...


hati seorang ayah.
Kasih sayang sahabat.
Percaya akan qadak dan qadar.
Tidak menyimpan perasaan dendam.
Mengakui kesalahan diri.


PLOT DAN TEKNIK PLOT...

1. Pak Ismawan kesedihan kerana kematian anak lelakinya, Iswan.
2. Pada bahagian perkembangan cerpen digambarkan watak Iswan & hubungannya dengan Irnawati secara imbas kembali. Pada bahagian ini digambarkan Iswan terbunuh dilanggar oleh George Bulang.
3. George Bulang memandu dalam keadaan mabuk sehingga terlanggar Iswan.
4. Pada klimaks plot ini, George Bulang dibebaskan oleh mahkamah dari sebarang tuduhan. George Bulang meminta maaf kepada Pak Ismawan.
5. Plot memasuki tahap peleraian apbila Pak Ismawan memberikan ceramah tentang keselamatan di jalan raya.

TEKNIK PLOT…
Dialog:
“untuk apa?” Irnawati bertanya.
“untuk populariti” jawab Iswan.
Pemerian:
Pemergian Irnawati memang benar-benar mengosongkan suasana di rumah Pak Ismawan. Pak Ismawan sering terasa Iswan ada disisinya. Dan inilah yang selalu menyimbahi rasa pilunya.
Imbas Kembali:
Irnawati memberikan komen tentang permainan Iswan. Irnawati mahu supaya Iswan mengalahkan lawannya secepat mungkin kerana stamina Iswan tidak begitu baik.
Saspen:
Pengarang membiarkan pembaca tertanya-tanya hal yang akan berlaku kepada orang yang telah melanggar Iswan.









WATAK DAN PERWATAKAN..



PAK ISMAWAN…


o Pak Ismawan ayah Iswan.
o Seorang yang penyayang.
o Tenang dan tidak emosional.
o Pemaaf dan tidak suka berdendam.
o Murah hati.
o Seorang yang prihatin.




ISWAN…



o Anak Pak Ismawan dan sahabat baik Irnawati.
o Seorang yang baik hati dan jujur.
o Bersopan santun dan berbudi bahasa.
o Disiplin yang tinggi.
o Mementingkan strategi.
o Terbunuh dalam suatu kemalangan jalan raya.



Irnawati


o Sahabat baik Iswan.
o Prihatin.
o Penyayang dan mengambil berat.
o Mudah bersimpati.
o Seorang yang suka memberi nasihat.




GEORGE BULANG…



o Sahabat baik Iswan.
o Suka berfoya-foya.
o Seorang yang cuai.
o Bersedia mengakui kesalahannya.

LATAR…


LATAR TEMPAT...

Rumah Pak Ismawan.
Pejabat Pak Ismawan.
Hospital Jalan Pantai di Tanjung Aru, Penampang.
Mahkamah.
Dewan Masyarakat Sembulan.

LATAR MASA…

Dekad 1980-an atau awal dekad 1990-an.





LATAR MASYARAKAT…

Masyarakat di Sabah.
Golongan muda yang diberi kebebasan.
Masyarakat yang bersimpati atau prihatin.
Masyarakat yang penyayang.
Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup.
Masyarakat yang sentiasa bekerjasama.

GAYA BAHASA...

• DIALEK JAKARTA:
Dong iaitu “kata pelembut atau pemanis yang digunakan pada akhir kalimat”.
Menabrak iaitu “melanggar”.
• PERSONAFIKASI:
Bunyinya sungguh bising dan itu tandanya kereta itu berlari laju.


NILAI...


1. Kasih sayang.
2. Simpati.
3. Rajin.
4. Yakin diri.
5. Mengakui kesalahan.
6. Menepati janji.

PENGAJARAN...


1. Kita mestilah menerima takdir tuhan dengan hati yang terbuka.
2. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan.
3. Kita mestilah berani mengakui kesalahan yang telah dilakukan dan meminta maaf.
4. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain dan tidak berdendam.
5. Kita hendaklah berusaha menyeru orang lain supaya jangan memandu dalam keadaan mabuk kerana buruk akibatnya.

2 comments:

hanifmz said...

Terima kasih kepada penulis blog ini. Disebabkan saya tiada buku rujukan untuk membuat folio, jadi saya cari di internet. Mujur, ada insan yang baik hatinya menulis tentang ini.
Terima kasih wahai penulis blog.

Anonymous said...

nak sinopsis