A BLOG SITE OF QISTINA ZAINI HAMZAH!

TENTANG AKU...

My photo
hate rules, love friends, love food!, Malay...

Thursday, December 03, 2009

Usia ,Kematangan DAN... Lelaki

Usia dan kematangan sangat complex bagi aku

aku teringat masa mula-mula aku masuk form6
dalam kelas sejarah 2 aku pernah cakap
"bukan kah kematangan itu datang seiring dengan usia"
tapi disangkal bulat-bulat oleh MrS yang tak setuju dengan pendapat aku..
mungkin sampai sekarang aku belum mengert
sepenuhnya apa yang dia cuba nak sampaikan...
percakapan yang cukup meleret-leret hari tu daripada
topic tu sampailah bab Bill Gates kena tendang dari university...
well itu bukan pertama kali aku tak sefahaman dengan guru sendiri
aku dah biasa dengan orang yang berbeza ideologi dan pendapat...

so, berbalik dengan topik pokok usia dan kematangan
kenapa aku cakap kematangan seseorang itu akan datang seiring
dengan pertambahan usia, ia kerana aku rasa semakin dewasa
seseorang itu pemikiran dia akan lebih terbuka lebih-lebih lagi
pengalaman yang ditambah dari hari ke sehari membuat mereka
menjadi lebih matang...

Bagi aku lelaki merupakan makhluk tuhan yang paling lembab untuk
merasai kematangan, kenapa? kerana aku melihat sendiri perlakuan mereka
sepupu dan saudara mara lelaki aku sendiri menjadi bahan kajian
untuk aku menilai sebenarnya tahap pertumbuhan kematangan
makhluk yang bernama lelaki, dari sudut pandangan aku walupun
mereka sudah mencapai usia baligh tetapi akal dan pemikiran
mereka masih ditahap yang sama seperrti sebelumnya..
Masih suka melakukan perkara yang bertentangan dengan
perlakuan manusia matang.

Contohnya masih tidak dapat menerima teguran dan
pandangan orang lain. Suka marah-marah tak tentu pasal
dan itu juga bagi aku menunjukkan sikap yang tidak matang.
Well diri aku sendiri aku merasakan yang aku belum cukup matang
mungkin kerana kurangnya pengalaman dan pergaulan.

Berbalik kepada lelaki, aku sempat membuat hipotesis ku sendiri
yang usia sebenar lelaki yang matang ialah 30 tahun dan keatas
kenapa aku mengatakan 30 tahun kerana aku menilai sendiri
perlakuan seorang lelaki yang bagi aku cukup sempurna dari segi sikap,
penampilan dan perwatakan dan dia berumur awal 30an.
walaupun aku cuma berjumpa dia kujrang dari 3 kali seminggu,
aku melihat tahap kematangannya sudah sampai ditahap yang bagus
dan cukup matang. Walaupun ramai sahabat seperjuangan
ku di Form6 mengatakan penilaianku terhadap manusia itu salah
belaka dan tak masuk akal tapi bagi aku merekalah yang salah sebenarnya.
Jangan melihat seseorang itu dari mulutnya yang pedas atau
sinis tetapi dari maksud yang ada disebalik kata-kata itu sendiri.
Itu yang aku tidak mengerti dengan sahabat-sahabat aku sendiri apa yang
mereka mahu dari seorang guru sebenarnya? lembut kata-kata dan pujian
yang tinggi menggunung ?(itu aku akan cubai nilai selepas ini)

Berbalik kepada usia dan kematangan, dan tak dilupakan LELAKI.
Aku secara peribadinya juga merasakan lelaki sukar untuk matang
kerana ego yang terlalu tinggi
membuat mereka sukar untuk berfikiran matang dan rasional.
Bukan aku tidak menyukai lelaki tetapi ini cuma pendapat aku dari
hasil penilaian aku terhadap lelaki
selama ini. Dari sekolah rendah sampailah ke menengah,sekarang
aku berada di form6 dan penilaian aku tetap menunjukkan hasil
yang sama lelaki sukar dan lambat untuk matang. Kerna itu usialah
bagi aku satu cara untuk mematangkan mereka.

Walaupunbegitu bukan sahaja lelaki tetapi juga wanita ,
walaupun wanita makhluk yang cepat matang tetapi kematangannya
juga masih berperingkat.

Kesimpulannya usia masih memainkan peranan penting
dalam menentukan tahap kematangan seseorang individu.

sekian

Tuesday, December 01, 2009

KENAPA LELAKI SUKA PUKUL PEREMPUAN?

PELIK...
kenapa lelaki suka pukul perempuan...
walaupun mereka tahu perempuan tu susah nak balas..
kenapa ya?

i have a friend actually a good friend of mine, shes beautiful and smart
i'm her assistant, i know her.. shes great.
but the problem is her boyfriend
he suck.... fucking jerk..
always beat her...
i don't understand why
aku tak faham macam mana dia boleh tahan dengan mangkuk tu...
how?
i just don't get it.. they broke up a few times but still back together..
well its love thing i guess.
the boyfriend....why?, it make me think
that all Malay men (except my family )
are jerks and hopeless

hurrm takpelah semua pilihan ada ditangan die..
aku harap dia ok ...
and boyfriend dia pun kan sedar satu hari nanti...
i hope sooo...
shes my friend and i just want the best for her...

Monday, November 30, 2009

STOP DOING LIST

HELLO...
semalam aku terbaca satu artikel tentang stop doing list
MULE-MULE TU MACAM PELIK SKIT (bak kata Syafa, MENNEMME????)
well ntah macam maner terfikir plak untuk buat satu bagus jugak tu
senang nak kesan kelemahan diri sendiri...
fikir punyer fikir aku pun buat satu boleh tahan lah
untuk budak form6 kannnn (lembab plak tu... heheehe)


This is MY STOP DOING LIST....
nampak ok kot....

STOP DOING LIST

1. DENGAR LAGU 24 JAM.

2. BERANGAN TAK TENTU PASAL

3. BERGANTUNG PADA ORANG LAIN

4. MENGUTAMAKAN ORANG LAIN

5. TINGGAL SOLAT

6. SAKITKAN HATI CIKGU, MAK&WALID

7. MENIPU

8. MAKAN DENGAN KETERLALUAN

9. BERGOSIP

10. BACA BAHAN HIBURAN & SEUMPAMA DENGANNYA

11. MENGUMPAT

12. TENGOK DRAMA INDONESIA

13. MAKAN NASI LEMAK

14. MINUM AIR BERGULA DENGAN LEBIH

15. X BWAT KERJA SEKOLAH

16. MENIRU KERJA SEKOLAH ORANG LAIN

17. MENGKOPI PES DENGAN SEWENANG-WENANGNYA

18. MENDENGAR LAGU GUNA HEADSET DENGAN KERAP

19. MUNGKIR JANJI

20. DATANG LEWAT KE SEKOLAH

21. NAIK KERETA PERGI DAN BALIK SEKOLAH

22. SAKIT DAN TAK PERGI SEKOLAH

23. TERLALU KERAP PERLI SIR SURENDRA (X BAIK PERLI CIKGU SENDIRI)

24. GELAKKAN KAWAN SENDIRI( KURANG SENSITIF LAHHH)

25. MERENDAHKAN KEBOLEHAN DIRI



Form 6 Balik...

well lamenye x memblog..
sibuk sangat dengan kerja sekolah form6 yang banyak
paling stress bila ahli kumpulan sendiri susah nak bagi kerjasama banyak mengelat
dengan alasan nak pergi kenduri kawin la whatever lah
susah sangat ker nak bagi comitment kat satu benda?
bukan susah sangat pun...
well kenape aku bengang sangat?
sebab kerja sejarah 2 tu lah..
ahli group susah sangat nak bagi komitmen macam2 alasan "pandai"
yang dorang bagi nak tangguhkan keje...
kalau berdating 24 jam boleh.... hurmmmm
kalau boleh keje tu aku nak siapkan cepat senang aku nak hantar kat MrS...
kalau kena reject pun sure sempat lagi nak buat balik...
memangla due date still ade sebulan lagi tapi kalu tak sempat hanta camne?
parah den...

hope keje 2 tak kena reject lagi....

Sunday, October 04, 2009

INDONESIA TAK MENGENANG BUDI


Oh! Indonesia Tak Mengenang Budi

TERKAIT JUDI, WARGA SUMBAR TOLAK BANTUAN PEMERINTAH MALAYSIA

JAKARTA – Berbagai bantuan telah mengalir dan mulai menumpuk di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat sejak Kamis lalu, hal ini cukup mengganggu kepadatan traffic di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, yang sudah cukup tinggi dan mengakibatkan sejumlah penerbangan mengalami delay. Bahkan pesawat yang ditumpangi Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari dan Menko Kesra Aburizal Bakrie sempat tertahan di udara Padang selama beberapa jam.

Namun ada yang menarik dari tumpukan bantuan tersebut, yaitu dipisahkannya bantuan dari Pemerintah Malaysia dengan bantuan dari negara-negara lainnya, hal ini di sebabkan karena adanya penolakan bantuan dari Pemerintah Malaysia dikarenakan alasan sumber dana Judi.

“Kami sangat berterimakasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan judi, kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak juga bantuan dari perkumpulan warga minang di Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak” ujar Kepala Distribusi Bantuan Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan Budi S Ervan.

Seperti diketahui Pemerintah Malaysia memiliki fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap di Asia Tenggara dengan omset pendapatan 4 Milliar Dollar/tahun bernama Genting Highland, dan hal tersebut dinilai warga Sumatra Barat sangat bertolak belakang dengan budaya Muslim negeri Jiran tersebut.Bantuan Pemerintah Malaysia berupa Mie Instan, Selimut, Tenda dan obat-obatan terlihat dibiarkan menumpuk di sisi kiri bandara Minagkabau dan sangat menggangu lalulintas bantuan korban gempa.

“Bantuan dari Negara Jepang yang tiba lebih dulu berupa 2500 Genset, 500 Tenda, 25 Instalasi penyaringan air, 400 Toilet portable dan 10 Kontainer Rumah Sakit Mini sudah kami sebarkan di 6 Kabupaten, sedang dari Pemerintah Amerika, Brasil, Jerman, Filipinna, Brunai, Australia, Thailand, Vietnam dan Russia berupa Beras, obat-obatan, tenda, selimut, bahan makanan, instalasi air yang total keseluruhan berjumlah sekitar 28.000 ton akan tiba mulai hari ini, kami berusaha berkadinasi Barkorlak dan Palang Merah Internasional untuk penyediaan tempat penyimpanan dan penyalurannya” ujar Budi S Ervan.

Sumber: Harian Kota, Jumat (2/10/2009).

p/s : Kita sudah dihina, dicaci dan dihambat dengan buluh runcing, dan penghinaan terbaru ini sepatutnya sudah cukup menyedarkan kita betapa kita sebenarnya bagai ‘melepaskan anjing tersepit’ jika masih lagi menderma kepada mereka,dan juga menyokong dan membeli produk mereka di Negara kita seperti lagu-lagu,filem dan drama mereka yang bersepah-sepah disini
http://ohtidak.com/oh-indonesia-tak-mengenang-budi/
credit to: Oh Tidak

Saturday, August 22, 2009

Thursday, May 21, 2009

Welcome Form 6



WELCOME FORM 6

SMK DATO'AHMAD........




Sunday, February 01, 2009

Julia

Sinopsis Julia

Novel Julia mengisahkan jerih perih kehidupan seorang remaja yang bernama Julia.

Pada usia remajanya Julia begitu suka akan keseronokan, masanya banyak

dihabiskan bersama sama rakan-rakannya iatu Rashid, Han dan Muna.

Mereka sering keluar menghabiskan masa di pusat membeli belah sehingga larut malam.

Hari demi hari,

Julia terus hanyut dalam dunia remajanya sehinggalah kedua ibu-bapanya ,

(Dato’Bakar dan Datin Maznah) mengambil keputusan untuk menghantar Julia

belajar tentang agama Islam di Hidayah Islamic College, Perth Australia.

Dato’Bakar dan

Datin Maznah ingin menyedarkan Julia dan menyelamatkan anak

kesayangan mereka itu daripada terus hanyut dan terpengaruh dengan sikap

teman-temannya yang ternyata membawa anasir buruk dalam kehidupan seharian Julia.

Pada awalnya Julia berasa berat untuk menuruti permintaan ibu-bapanya tetapi

Julia adalah seorang yang menghormati ibu-bapa. Walaupun dengan terpaksa dan berat hati Julia mengikuti jua keinginan Dato’ Bakar dan Datin Maznah. Julia telah ditemani oleh

ibunya Datin Maznah semasa berangkat ke Perth. Dalam pesawat Julia

telah bertemu dengan seorang pemuda cina yang bernama Jun.

Mereka berkenalan dan Jun terlihat agak kaget ketika mendengar nama

Julia dan itu juga menjadi tanda Tanya dalam diri Julia pada waktu itu.

Dalam pada itu keluarga Julia turut mengalami konflik dalaman apabila

Dato’Bakar berkahwin lagi dengan wanita yang bernama Ummi Sarah walupunbegitu

Datin Maznah tetap sabar dan parah dengan pilihan suaminya itu kerana

Dato’ Bakar ialah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga.

Pada awalnya di Hidayah Islamic College Julia merasa agak rendah diri kerana

penguasaan bahasa inggerisnya yang agak lemah tetapi Julia dapat mengatasinya

dengan bantuan dan bimbingan rakan-rakannya disana. Rakan-rakannya

memberi contoh yang baik kepada Julia membuatkan Julia rasa terpanggil

untuk muhasabah diri menjadi seorang muslimah sejati. Setelah dua tahun disana Julia

telah dikejutkan dengan kematian ibu dan bapanya akibat kemalangan jalan raya .

Julia merasa sangat terpukul dan sedih. Semasa di lapangan terbang bersama pakcik

dan makciknya yang turut menghantar kepulangan Julia ke Kuala Lumpur

Julia sekali lagi bertemu dengan Jun.

Oleh kerana Julia merupakan anak sulung dia terpaksa memikul tanggungjawab

menguruskan syarikat almarhum bapanya BMPRO Holdings (Bakar Maznah Professional).

Julia diangkat menjadi pengurus BMPRO. Sepanjang menguruskan BMPRO

Julia menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran terutama dek kegawatan ekonomi

yang melanda Negara. Julia terpaksa menghadapi Encik Baharom yang dalam diam

menjadi gunting dalam lipatan kerana berkomplot dengan seorang tan Sri berketurunan

cina yang berniat menyuruh Julia menjual anak syarikat BMPRO iaitu BMPRO Transport.

Julia tidak mudah putus asa walaupin Encik Baharom telah menjalankan muslihat

denga menipu Julia tentang keaadan bas di BMPRO Transport yang sudah kehilangan

penumpang tetapi keadaannya adalah sebaliknya. Julia bertindak bijak dengan

menyiasat sendiri keadaan BMPRO Transport debgan cara dia dan pembantu peribadinya

Gina berpura-pura menaiki bas itu sebagai penumpang biasa. Akhirnya segala

masalah telah dapat diselesaikan dengan pengakuan Encik Baharom sendiri.

Pengunduran diri Encik Hashim dari lembaga pengarah BMPRO turut memberi kesan

kepada Julia.

Julia bukan sahaja mendapat masalah dari orang luar tetapi keluarganya sediri.

Syed Mustaffa adik kepada Ummi Sarah mengugut Julia supaya menyerahkan

BMPRO Butik kepada adiknya Ummi Sarah. Julia tidak mengendahkannya

kerana pada masa itu hubungannya dengan Ummi Sarah yang juga dipanggil umi oleh Julia dan

adik-adiknya atas permintaan Dato’Bakar sangat akrab.Hal ini demikian kerana Ummi

Sarah juga tidak bersetuju dengan cara abangnya itu.

Selain itu setelah kematian ibu-bapanya Julia turut diganggu teman lamanya Rashid yang ingin

Julia kembali kepada kehidupan lama mereka tetapi ditolak mentah-mentah oleh Julia dan

itu membuat Rashid marah dan mengugut Julia

untuk menghebohkan soal masa lalu Julia kepada media.

Untuk memajukan lagi BMPRO Holdings Julia telah mengadakan

usahasama dengan syarikat Cinta Sejati Travel & Tours milik keluarga

Jun iaitu melancarkan projek Homestay di Felda Guar Napai yang juga

merupakan kampung halaman Julia. Projek itu berjalan dengan lancer

dan mendapat sokongan juga daripada Perdana Menteri.

Pada suatu hari Jun mengajak Julia bertemu di pusara arwah

ibu-bapa Julia. Pada ketika itu Jun mengenakan baju melayu.

Jun telah mengakui keislamannya kepada Julia dan memberitahu juga hasratnya

untuk melamar Julia. Pada akhirnya mereka berkahwin dan Julia bersyukur mendapat

Jun sebagai suaminya kerana Jun seorang yang baik dan bertanggungjawab.

Monday, January 19, 2009

happy new year...

Happy New Year!!!!!!!!!!!!
walaupun agaak 2 lambat ....
tapi still tahun baru kan!
semoga tahun 2009 ini membawa rahmat untuk semua ......
Amin