A BLOG SITE OF QISTINA ZAINI HAMZAH!

TENTANG AKU...

My photo
hate rules, love friends, love food!, Malay...

Thursday, December 03, 2009

Usia ,Kematangan DAN... Lelaki

Usia dan kematangan sangat complex bagi aku

aku teringat masa mula-mula aku masuk form6
dalam kelas sejarah 2 aku pernah cakap
"bukan kah kematangan itu datang seiring dengan usia"
tapi disangkal bulat-bulat oleh MrS yang tak setuju dengan pendapat aku..
mungkin sampai sekarang aku belum mengert
sepenuhnya apa yang dia cuba nak sampaikan...
percakapan yang cukup meleret-leret hari tu daripada
topic tu sampailah bab Bill Gates kena tendang dari university...
well itu bukan pertama kali aku tak sefahaman dengan guru sendiri
aku dah biasa dengan orang yang berbeza ideologi dan pendapat...

so, berbalik dengan topik pokok usia dan kematangan
kenapa aku cakap kematangan seseorang itu akan datang seiring
dengan pertambahan usia, ia kerana aku rasa semakin dewasa
seseorang itu pemikiran dia akan lebih terbuka lebih-lebih lagi
pengalaman yang ditambah dari hari ke sehari membuat mereka
menjadi lebih matang...

Bagi aku lelaki merupakan makhluk tuhan yang paling lembab untuk
merasai kematangan, kenapa? kerana aku melihat sendiri perlakuan mereka
sepupu dan saudara mara lelaki aku sendiri menjadi bahan kajian
untuk aku menilai sebenarnya tahap pertumbuhan kematangan
makhluk yang bernama lelaki, dari sudut pandangan aku walupun
mereka sudah mencapai usia baligh tetapi akal dan pemikiran
mereka masih ditahap yang sama seperrti sebelumnya..
Masih suka melakukan perkara yang bertentangan dengan
perlakuan manusia matang.

Contohnya masih tidak dapat menerima teguran dan
pandangan orang lain. Suka marah-marah tak tentu pasal
dan itu juga bagi aku menunjukkan sikap yang tidak matang.
Well diri aku sendiri aku merasakan yang aku belum cukup matang
mungkin kerana kurangnya pengalaman dan pergaulan.

Berbalik kepada lelaki, aku sempat membuat hipotesis ku sendiri
yang usia sebenar lelaki yang matang ialah 30 tahun dan keatas
kenapa aku mengatakan 30 tahun kerana aku menilai sendiri
perlakuan seorang lelaki yang bagi aku cukup sempurna dari segi sikap,
penampilan dan perwatakan dan dia berumur awal 30an.
walaupun aku cuma berjumpa dia kujrang dari 3 kali seminggu,
aku melihat tahap kematangannya sudah sampai ditahap yang bagus
dan cukup matang. Walaupun ramai sahabat seperjuangan
ku di Form6 mengatakan penilaianku terhadap manusia itu salah
belaka dan tak masuk akal tapi bagi aku merekalah yang salah sebenarnya.
Jangan melihat seseorang itu dari mulutnya yang pedas atau
sinis tetapi dari maksud yang ada disebalik kata-kata itu sendiri.
Itu yang aku tidak mengerti dengan sahabat-sahabat aku sendiri apa yang
mereka mahu dari seorang guru sebenarnya? lembut kata-kata dan pujian
yang tinggi menggunung ?(itu aku akan cubai nilai selepas ini)

Berbalik kepada usia dan kematangan, dan tak dilupakan LELAKI.
Aku secara peribadinya juga merasakan lelaki sukar untuk matang
kerana ego yang terlalu tinggi
membuat mereka sukar untuk berfikiran matang dan rasional.
Bukan aku tidak menyukai lelaki tetapi ini cuma pendapat aku dari
hasil penilaian aku terhadap lelaki
selama ini. Dari sekolah rendah sampailah ke menengah,sekarang
aku berada di form6 dan penilaian aku tetap menunjukkan hasil
yang sama lelaki sukar dan lambat untuk matang. Kerna itu usialah
bagi aku satu cara untuk mematangkan mereka.

Walaupunbegitu bukan sahaja lelaki tetapi juga wanita ,
walaupun wanita makhluk yang cepat matang tetapi kematangannya
juga masih berperingkat.

Kesimpulannya usia masih memainkan peranan penting
dalam menentukan tahap kematangan seseorang individu.

sekian

1 comment:

melakaplanter said...

Kematangan or maturity. Good topic and interesting topic to discuss.

Bagi saya, kematangan seseorang sama ada lelaki atau perempuan banyak dipengaruhi oleh keluarga dan kehidupan or environment.

Kematangan banyak dikait dengan minda. Saya boleh kata anak-anak miskin adalah lebih matang kerana mereka terpaksa bekerja keras untuk terus "hidup" dalam masyarakat ini. Mereka berusaha, belajar dengan rajin untuk mendapat kerja yang lebih baik daripada keluarga mereka kerana mereka tidak mahu hidup susah.

Anak-anak kaya atau sederhana sepertimana yang dikatakan kurang matang kerana mereka tidak perlu bersusah payah. Semua boleh diperolehi dengan mudah....sebab ayah or mak mereka ada duit.

Kematangan seseorang bergantung kepada objective seseorang. contohnya bill gate or others billionaire....mereka ada objective hidup dan hidup mereka dirancang supaya berjaya.