Sinopsis Julia
Novel Julia mengisahkan jerih perih kehidupan seorang remaja yang bernama Julia.
Pada usia remajanya Julia begitu suka akan keseronokan, masanya banyak
dihabiskan bersama sama rakan-rakannya iatu Rashid, Han dan Muna.
Mereka sering keluar menghabiskan masa di pusat membeli belah sehingga larut malam.
Hari demi hari,
Julia terus hanyut dalam dunia remajanya sehinggalah kedua ibu-bapanya ,
(Dato’Bakar dan Datin Maznah) mengambil keputusan untuk menghantar Julia
belajar tentang agama Islam di Hidayah Islamic College,
Dato’Bakar dan
Datin Maznah ingin menyedarkan Julia dan menyelamatkan anak
kesayangan mereka itu daripada terus hanyut dan terpengaruh dengan sikap
teman-temannya yang ternyata membawa anasir buruk dalam kehidupan seharian Julia.
Pada awalnya Julia berasa berat untuk menuruti permintaan ibu-bapanya tetapi
Julia adalah seorang yang menghormati ibu-bapa. Walaupun dengan terpaksa dan berat hati Julia mengikuti jua keinginan Dato’ Bakar dan Datin Maznah. Julia telah ditemani oleh
ibunya Datin Maznah semasa berangkat ke
telah bertemu dengan seorang pemuda cina yang bernama Jun.
Mereka berkenalan dan Jun terlihat agak kaget ketika mendengar nama
Julia dan itu juga menjadi tanda Tanya dalam diri Julia pada waktu itu.
Dalam pada itu keluarga Julia turut mengalami konflik dalaman apabila
Dato’Bakar berkahwin lagi dengan wanita yang bernama Ummi Sarah walupunbegitu
Datin Maznah tetap sabar dan parah dengan pilihan suaminya itu kerana
Dato’ Bakar ialah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga.
Pada awalnya di Hidayah Islamic College Julia merasa agak rendah diri kerana
penguasaan bahasa inggerisnya yang agak lemah tetapi Julia dapat mengatasinya
dengan bantuan dan bimbingan rakan-rakannya disana. Rakan-rakannya
memberi contoh yang baik kepada Julia membuatkan Julia rasa terpanggil
untuk muhasabah diri menjadi seorang muslimah sejati. Setelah dua tahun disana Julia
telah dikejutkan dengan kematian ibu dan bapanya akibat kemalangan jalan raya .
Julia merasa sangat terpukul dan sedih. Semasa di lapangan terbang bersama pakcik
dan makciknya yang turut menghantar kepulangan Julia ke Kuala Lumpur
Julia sekali lagi bertemu dengan Jun.
Oleh kerana Julia merupakan anak sulung dia terpaksa memikul tanggungjawab
menguruskan syarikat almarhum bapanya BMPRO Holdings (Bakar Maznah Professional).
Julia diangkat menjadi pengurus BMPRO. Sepanjang menguruskan BMPRO
Julia menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran terutama dek kegawatan ekonomi
yang melanda Negara. Julia terpaksa menghadapi Encik Baharom yang dalam diam
menjadi gunting dalam lipatan kerana berkomplot dengan seorang tan Sri berketurunan
cina yang berniat menyuruh Julia menjual anak syarikat BMPRO iaitu BMPRO Transport.
Julia tidak mudah putus asa walaupin Encik Baharom telah menjalankan muslihat
denga menipu Julia tentang keaadan bas di BMPRO Transport yang sudah kehilangan
penumpang tetapi keadaannya adalah sebaliknya. Julia bertindak bijak dengan
menyiasat sendiri keadaan BMPRO Transport debgan cara dia dan pembantu peribadinya
Gina berpura-pura menaiki bas itu sebagai penumpang biasa. Akhirnya segala
masalah telah dapat diselesaikan dengan pengakuan Encik Baharom sendiri.
Pengunduran diri Encik Hashim dari lembaga pengarah BMPRO turut memberi kesan
kepada Julia.
Julia bukan sahaja mendapat masalah dari orang luar tetapi keluarganya sediri.
Syed Mustaffa adik kepada Ummi Sarah mengugut Julia supaya menyerahkan
BMPRO Butik kepada adiknya Ummi Sarah. Julia tidak mengendahkannya
kerana pada masa itu hubungannya dengan Ummi Sarah yang juga dipanggil umi oleh Julia dan
adik-adiknya atas permintaan Dato’Bakar sangat akrab.Hal ini demikian kerana Ummi
Sarah juga tidak bersetuju dengan cara abangnya itu.
Selain itu setelah kematian ibu-bapanya Julia turut diganggu teman lamanya Rashid yang ingin
Julia kembali kepada kehidupan lama mereka tetapi ditolak mentah-mentah oleh Julia dan
itu membuat Rashid marah dan mengugut Julia
untuk menghebohkan soal masa lalu Julia kepada media.
Untuk memajukan lagi BMPRO Holdings Julia telah mengadakan
usahasama dengan syarikat Cinta Sejati Travel & Tours milik keluarga
Jun iaitu melancarkan projek Homestay di Felda Guar Napai yang juga
merupakan kampung halaman Julia. Projek itu berjalan dengan lancer
dan mendapat sokongan juga daripada Perdana Menteri.
Pada suatu hari Jun mengajak Julia bertemu di pusara arwah
ibu-bapa Julia. Pada ketika itu Jun mengenakan baju melayu.
Jun telah mengakui keislamannya kepada Julia dan memberitahu juga hasratnya
untuk melamar Julia. Pada akhirnya mereka berkahwin dan Julia bersyukur mendapat
Jun sebagai suaminya kerana Jun seorang yang baik dan bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment